Thursday, September 11, 2014

Dugaan, Kesabaran, Keimanan...

Lumrah kehidupan, tak lepas dari permasalahan dan dugaan. Kita sebagai umat islam, umat Nabi Muhammad S.A.W sentiasa sedar bahawa dugaan yang datang merupakan satu ujian yang akan menilai tahap keimanan kita. Kesabaran dan keredhaan dalam menempuh setiap dugaan yang datang menentukan dimanakah tahap keimanan kita sebenarnya.

Bila kita diulit dengan kesenangan, kegembiraan, kelapangan, kebahagiaan dan keselesaan mudah kita merasakan kita adalah insan yang beruntung, yang bersyukur, panjat segala kepujiaan sang pencipta dan yang mengurniakan segala-galanya kepada kita. Waktu itu kita akan tersenyum selebarnya. Rasanya seperti mahu seru alam supaya turut tersenyum bersama kita.

Bila, seseorang datang pada kita dan mengadu tentang sesuatu permasalahan, seribu ayat mampu kita beri sebagai kata semangat untuk memberi insan tersebut kekuatan untuk meneruskan hidup dan menerima dugaan yang datang dengan redha dan mengangggap dugaan itu sebagai anugerah.

Namun bila kita didatangi dengan dugaan, mampukah kita tersenyum semegahnya, mampukah kita terus berfikiran positif dan mampukah kita jadi pakar motivasi untuk diri kita sendiri?.. Itu hanya akan terjawab tika dugaan datang pada kita.

Sememangnya dugaan itu satu anugerah. Anugerah yang cukup indah. Keindahan itu kita akan nampak tika kita berjaya harungi setiap dugaan yang datang dengan penuh keredhaan. Siapa kita selepas kita berjaya mengharungi dugaan itu yang menjadi ukurannya. Siapa kita selepas berakhirnya dugaan?...

Sewaktu kita dilanda dugaan, apakah cara penerimaan kita?.

- Adakah dengan keredhaan ataupun dengan kekeluhan.
-Adakah dengan senyuman ataupun dengan tangisan.
- Adakah dengan keikhlasan ataupun dengan seribu pertanyaan.
-Adakah dengan terus mengingatinya (Allah S.W.T) ataupun dengan buruk sangka kepadanya.

Jika kita sambut setiap dugaan yang datang dengan keredhaan, senyuman, keikhlasan disamping terus mengingatinya. Percayalah kita adalah insan yang "berjaya" selepas berakhirnya dugaan tersebut.

Penting untuk kita semat dihati, sentiasalah berbaik sangka kepada Allah S.W.T. Tiada apa yang datang darinya adalah sia-sia melainkan untuk kita terus meminta dan mengingatinya.

: Pesanan untuk diri sendiri.....


Wednesday, August 13, 2014

Kalut, kalut, kalut ke laut...

Siapa yang kenal aku memang tau aku ni jenis menggelabah jer walaupun cuma masalah kecik. Tapi apa-apa pon aku syukur orang-orang yang pernah wujud dalam hidup aku semuanya boleh terima aku seadanya walaupon perangai aku boleh buat siapa-siapa pon rasa malas nak layan. hehehe.

Sebenarnya nak story pasal kes malam tadi. Macam biasa aku balik kerja, amik Amirah apa semua sampai rumah dalam pukul 6 petang gituh. Aku ambil masa rest kejap kemudian terus gopoh-gopoh kutip semua baju kotor untuk dibasuh. Aku ni jenis basuh baju 3 hari sekali, sampai sakit mata tengok baju kotor banyak sangat dah. Nasib baik suami aku bukan jenis suka komplen. Dia okey jer. 

nak diteruskan cerita, sama aku tengah basuh baju aku masak sekali. Teringin pulak nak makan bihun goreng. Aku memang biasa macamtu. Masa kain tengah putar masak sama kemas dapur sekali. Senang, Pukul 7 setengah, baju siap basuh, makanan pun siap masak. Tapi tidak untuk malam tadi. Ngam-ngam aku siap masak, air paip stop. Baju sume belum bilas. Air kat bilik mandi separuh baldi jer. Aku pon jerit kat suami aku bagitau air takder. Motif sangat kan nak jerit-jerit bagitau sume padahal suami aku bukan boleh buat ape pun selain buat muka poyo-poyo terkejut.

Tapi memberi kepuasan jugak la sikit pada aku yang memang jenis suka nak menggelabah. Aku pon sambil membebel sambil kemas apa yang bersepah atas meja makan. Membebel sampai taktau nak buat apa n lastly guna air yang separuh baldi buat siram-siram badan yang dah hapak ni. Siap tukar baju apa semua aku dudk depan tv dengan muka yang nak marah tapi tak tau nak marah sape. Paip bilik mandi n paip sinki aku dah bukak siap-siap dengan harapan bila air dah on balik aku boleh dengar. 

Dari pukul 7 malam, ke pukul 8, ke pukul 9, sampai pukul 10 air masih takde. aku dah risau takut baju berbau. Entah pukul berapa aku tertidur aku tak sedar. Sebelum tertidur tu aku sempat pesan kat suami aku kalau air on kejutkan aku sebab biasanya suami aku ni jenis yang tidur lewat. Dalam pukul 3 setengah pagi aku tersedar mamai-mamai, aku dengar bunyi macam hujan, tapi terasa macam deras sangat bunyi air, aku terus teringat pasal sinki. Berlari alu ke dapur. Guest what?...Dapur aku dah banjir ok, suami aku nyenyak na tidurnya. Air kat bilik air pon dah melimpah. 

Aku tutup air. Aku memang tak boleh la benda-benda macamni. Dengan baju belum berbilas, dengan dapur banjir. Bangun pagi buta dah stress. Aku terus kejut suami aku bagitau dapur banjir. Sekali lagi, motif sangat kejut suami nak bagitau dapur banjir. Suami aku dengan reaksi kulang kabut cari spek mata meluru ke dapur dengan muka blur tengok dapur dah banjir. Apa yang suami aku boleh buat kan. Aku tanya nak buat apa ni?..hahaha...terus dia sebut surat khabar. Kepala otak aku dah dapat bayang nanti dia g ambil surat khabar susun seluruh dapur dengan surat khabar dengan harapan air diserap ke surat khabar tu. Semak weh pemandangan. Kaki pijak lembab,lembab, basah-basah, dengan surat khabar sana-sini dengan baju basah melambak. 

Bila dia susun dua tiga keping surat khabar, aku ambik penyapu, sekali lalu aku tolak semua air keluar ke pintu dapur. Suami aku tensi tengok perangai aku. Kejut dia, mintak pandangan dia, lepastu tak puas hati dengan tindakkan dia...hahaha...dasar bini menggelabah memang gini. Suami aku malas melayan dia sambung tido. Dia dah paham kalau terus kat situ silap-silap bergaduh. Aku terus tolak semua air, dah settle baru aku susun sikit-sikit surat khabar. Baru nak brilliant sikit kan. Dah alang-alang terbangun, aku terus bilas baju. Dah siap bilas, terasa nak jemur terus. Settle semua dalam pukul 5 pagi.

Baru nak baring anak aku merengek nak susu. So terus je buat susu dia. Ada balance lagi 1 jam untuk tidur sebelum bangun untuk solat, gosok baju sume...

Sekian...terserlah kemenggelabahannya disitu...sabo jelah bang...

Thursday, July 17, 2014

Menjaga hati dan mengumpat.

Alhamdulillah harini dah genap hari yang ke-20 Ramadhan. Sedih rasa bila kenang bulan Ramadhan dah nak berakhir. Dulu aku sentiasa tak sabar nak tunggu raya sedangkan raya tu cuma meriah dua hari jer..Sekarang bila umur dah bertambah, mata dah celik sikit, ternyata aku sedar Ramadhan jauh lebih meriah. Kenapa?

1. Kita melalui sebulan Ramadhan dengan sentiasa beribadah.
- Dari lepas sahur sampai berbuka puasa kita melaksanakan ibadah yang tak putus dengan berpuasa. Bila malam pula, berpeluang melaksanakan Tarawih. Setiap kali selesai Tarawih aku dapat merasakan indahnya Ramadhan.

2. Dikurniakan rezeki tidak diduga setiap hari.
- Kita dikurniakan masa yang panjang untuk dipenuhi dengan ibadah. Pelbagai juadah diberi oleh jiran tetangga. Kita dapat merasai keseronokkan memberi dan jua menerima.

3. Terkawal dari melakukan dosa.
- Bila kita teringat kita dalam ibadah berpuasa, secara automatik kita akan cuba mengelak dari melakukan perkara-perkara yang bolah mengurangkan pahala puasa. Contohnya: melawat blog gosip, bercakap perkara yang sia-sia, kalau sakit hati cuba untuk bersabar.

Selama sebulan penuh kita merasa nikmat merai bulan Ramadhan.

Tapi bukan tu yang aku nak hujahkan harini. Cuma ada perkaitan sikit. Apa yang aku nak luahkan ni dah lama aku nak hamburkan, tapi aku banyak berfikir dan cuba mencari medium yang tepat untuk dilepaskan. Nak dibahaskan pada manusia, takut tercetus pergaduhan, maklumlah masing-masing ada pendapat sendiri kan. Aku cuba untuk pendam, tapi makin lama makin memberontak nak dikeluarkan. Yer, mungkin aku belum cukup kuat untuk sentiasa bersabar. Apa yang aku nak luahkan berkenaan isu "mengumpat dan menjaga hati". Harap apa yang aku bebelkan ni dapat kita kongsi, kita fikir dan kita insafi bersama.

Aku ni bukanlah baik sangat nak kata hati aku suci dan bersih. kalau hati aku bersih, takdelah aku nak rasa geram sampai tahap nak share kat alam maya ni.

Okeylah panjang sangat dah pembukaannya, hehe..start jelah. Bila aku buka tajuk "menjaga hati" bukan bermakna menjaga hati sendiri sahaja, tetapi juga terhadap hati orang lain yang berkomunikasi dengan kita, yang ada disekeliling kita, dan orang-orang yang ada hubungan dengan kita tak kiralah, adik beradik, anak-anak, sedara mara waimah kawan sekalipun. Bila dah kata manusia tentunya punya hati yang mempunyai pelbagai rasa seperti, suka, benci, gembira dan sedih.

Sebagai manusia, tak lepas dari melakukan kesilapan, itu aku faham. Dan dengan kesilapan tulah kita belajar untuk tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Betul tak?.

Dan, dengan kesilapan yang tak sengaja dilakukan inilah akan wujudnya si "pengumpat-pengumpat" yang sangat baik dengan rela hatinya menyedekahkan pahalanya kepada si pesalah.

Ha, ni lah yang aku geramkan sangat ni. Best ke mengumpat?...ish bestlah cerita buruk orang, dalam masa sama dapat cari peluang nak selit-selit kebaikan diri. Nak cakap kat orang dia je sorang yang baik. Nauzubillahiminzalik. Astaghfirullahalazim. Bagi aku tak guna beribadat siang malam tapi mulut diguna untuk mengumpat. Takut, yelah, sibuk cerita hal orang, lama-lama kutukan tu terkena batang hidung sendiri. Contohnya : cerita anak sipolan-sipolan berzina sampai ada anak luar nikah, habis aib orang dibuka satu kampung. Tiba-tiba anak sendiri dapat anak tak sah taraf. Bila dah terkena batang hidung sendiri baru tau nak senyap. Nak tutup aib sendiri jadi penipu pulak. Tak baik kita menjaja buruk orang. Untuk apa "mengumpat"?. Supaya orang lain benci orang yang diumpat?..Kan dah nampak hati tak bersih. Jadi hati tu perlu dijaga.

Dan biasanya orang yang suka mengumpat ni suka juga nak cari salah dan keburukan orang lain. Dia akan cuba cari salah kalau dia tak suka seseorang tu. Dan dalam masa yang sama cuba pengaruh orang lain jadi macam dia supaya tak suka orang tu jugak. Siapa yang sifat macam "lalang" main percaya je taknak siasat dulu jadilah ikut tak suka orang tu jugak. Aku tak suka si "lalang" ni. Yang lalang ni lagi teruk, dah la tak periksa, tak nilai, boleh pulak sama sekongkol mengata orang tu. Keji kan.

Yang sedihnya "orang yang dibenci" ni la, buat apa pun orang tak suka. Hidup susah kata tak usaha, ada rumah besar kata lupa daratan, suami belikan gelang kata queen control, tutup pintu rumah siang hari kata anti-social, sombong. Bila "orang yang dibenci" bagi makanan tak suka pulak, dah la tak suka, tak dijamah langsung, datang rumah nak beramah mesra nak berkawan, jadi menyampah pulak, bila dijemput datang rumah ada jamuan, dikritik pulak lauk pauknya. Kejam kan.

Dari apa yang aku perhatikan sendiri, bahaya sangat jadi "pengumpat". Memang tak dinafikan orang yang suka mengumpat ni akan disukai ramai, banyak-isu-isu terkini dia tau, tanyalah apa je, konfirm tau. Orang pulak akan lihat si "pengumpat" ni sebagai ramah, mesra, dan tak sombong. Jadi seorang "pengumpat" ni memang bahagia. Tapi dalam bahagia dia sebenarnya derita. Derita dengan sifat cemburu, derita menanggung dosa, derita kerana kurang nikmat keimanan, derita kerana lemah mengawal mulut, derita kerana kemiskinan harta akhirat, derita kerana ibadat jadi sia-sia, dan derita kerana gagal bersyukur dengan apa yang dimiliki, derita kerana akhirnya rumahtangganya hancur sedikit demi sedikit.

Sedih, aku doakan "si pengumpat" diberi petunjuk dan hidayah dari Allah dan aku berharap dia dapat muhasabah diri dengan apa yang terjadi dalam dirinya. Dan akhir sekali, semoga "pengumpat" berakhir dengan keadaan Husnul Khotimah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Ingatlah sesungguhnya amalan mengumpat itu merosak alam.

Sekian. Assalamualaikum.


Monday, June 16, 2014

Ulang tahun perkahwinan yang kedua. (17/06/2014)

Alhamdulillah dah dua tahun kami hidup berumahtangga. Memang betul apa orang tua-tua kata alam bercinta dan alam rumahtangga jauh berbeza. Kalau masa bercinta semua Nampak sempurna dan indah. Manakala alam rumahtangga penuh dengan dugaan namun jauh lebih nikmat dan manis jika nak dibandingkan dengan masa bercinta.

Sungguhpun banyak kali berselisih faham dan bertengkar, tapi dari situlah kita nampak  hubungan suami isteri tu bertambah erat. Dari situlah kita lebih mengenali hati budi dan siapa sebenarnya pasangan kita. Dan dari situ jugalah kita dapat menilai sebesar mana cinta dan kasih kita pasangan dan sebaliknya cinta dan kasihnya pasangan kita kepada kita.

Aku sangat bersyukur diatas ketentuanmu Ya Allah, mengurniakan suamiku ( Shahril Bin Ibrahim) menjadi pembimbing dan teman hidupku. Menjadikan hidupku lebih bahagia, penuh warna dan kegembiraan. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata (Ameera Zulaikha) yang menambah lagi seri dan keceriaan dalam rumahtanggaku.

Kehidupan yang sederhana namun sempurna bagiku ini sangat memberi ketenangan dan kebahagiaan kepadaku dan keluarga.  Suamiku sememangnya bukan seorang doctor, engineer, mahupun ahli perniagaan namun dia seorang yang rajin dan sentiasa berusaha menjadikan hidup kami sekeluarga sempurna dan selesa. Aku bangga dan rasa sangat bertuah menjadi suri hidupnya.
Semoga kebahagiaan ini berkekalan dan rumahtangga ini semakin kukuh dari sehari ke sehari. Amin Ya Rabbal Alamin.

Kepada Suami : Ayang sayang dan sentiasa sayangkan abang.


Kepada Puteriku : Ibu sayang Ameera keta-ketat…

Wednesday, May 7, 2014

Rezeki Bermacam Bentuk.

Entry ni aku buat untuk motivasi diri aku sendiri dan perkongsian bersama. Korang pernah tak rasa down sangat sebab kengkononnya korang rasa korang la yang paling malang hidup kat dunia ni... Aku ni tak pernah la rasa sampai macamtu, cuma kadang-kadang adalah rasa cemburu bila tengok kelebihan orang lain. hehe. Yelah aku ni manusia biasa.

Bila bercakap pasal rezeki, perkara pertama yang tergambar adalah perkara berbentuk "materialistik". Duit, kerjaya dan harta. Hari-hari pun mata kita dijamu dengan bacaan berunsur perniagaan, keuntungan. Pergi sana sini sibuk dengar orang bercerita pasal "duit". Tak kurang jugak dengan cerita keretakkan rumahtangga berpunca dari masalah kewangan.

Dulu, aku selalu tertekan dengan isu-isu macamni. Sampaikan terbayang aku duduk bawah jambatan sebab takder rumah. Apa taknya, hari-hari aku terpaksa dengar pasal beli rumah. Kumpul duit beli rumah. Rumah dah mahal, dulu lapan pluh ribu sekarang dah seratus lima pluh ribu esok-esok jadi dua ratus ribu. Wah, ngerinya aku. Dah habis hal rumah, cerita pulak tentang simpanan hari tua, sibuk dengan KWSP, sibuk dengan ASB. Dengan simpanan peribadi. Semua duit. Tengok orang kumpul emas, aku pon sibuk nak kumpul emas. Yelah, mentaliti aku kata tak rugi kumpul emas. Boleh buat aset. Memang tak rasa ketenangan jiwa langsung.

Bila cakap rezeki terpikir duit, bila cakap duit, itulah rezeki. Sampaikan kerja bertungkus lumus tak kira siang, malam sebab nak cari "rezeki" katanya. Nampak tak, sebenarnya rezeki yang dimaksudkan adalah duit semata.

Sebenarnya rezeki datang dengan bermacam bentuk. Kalau kita mampu menilai setiap bentuk rezeki yang telah Allah tetapkan untuk kita setiap hari, kita akan rasa malu sebab sering mengeluh dengan masalah kewangan. Setiap hari Allah S.W.T kurniakan kita dengan:

1- Kesihatan, umur, nyawa, nafas.

-  Masih boleh bangun tidur dengan selesa, masih boleh bernafas, masih boleh bergerak. Kesihatan yang      stabil. Tiada sakit kronik yang memerlukan rawatan yang mahal. Sebabtulah kesihatan itu rezeki. Tak semua orang diberi kesihatan seperti kita. Bolehkah kesihatan dan nyawa dibeli dengan "duit"?. jadi mengapa perlu mengeluh?...harus bersyukur.

2- Kebahagiaan.

- Ketawa gembira. Kita boleh ketawa dan bahagia dengan apa yang kita ada. Dikelilingi oleh insan yang menyayangi kita dan sentiasa ingin membahagiakan kita. Itu adalah rezeki yang amat besar yang dikurniakan setiap hari. Bukan semua orang mampu berbahagia. Tak semua orang kaya itu bahagia. Jadi adakah bahagia itu boleh dibeli dengan "duit"?. Bersyukurlah.

3- Cahaya mata.

- Tak semua insan dikurniakan cahaya mata, sedangkan aku? dikurniakan dengan cahaya mata yang sangat comel dan sentiasa membuat aku rindu dan aku sangat gembira dengan kehadirannya. Itu juga rezeki. Jadi mengapa aku perlu pandang wang adalah segalanya sehingga aku sering mengeluh?... Astaghfirullah. Ampunkan aku Ya Allah.

4- Kasih Sayang.

- Alhamdulillah aku dikelilingi oleh insan yang menyayangi aku. Suamiku. Tak semua orang dikurniakan suami yang sangat menyayangi dirinya. Jadi mengapa aku masih mengeluh sedangkan aku dikurniakan dengan rezeki sebesar itu?.

p/s : Duit memang penting, tapi jangan kerana duit, kita lupa pada kurniaan dan rezeki yang lebih besar dari itu sehingga kita lupa untuk bersyukur. Bersama-samalah kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur.

SEKIAN...=).




Kenapa blog aku pelik.

Tenggelam timbul, tenggelam timbul. Itulah aku. Blog memang satu medium untuk kita nak membebel dan luah apa jer. Itulah motif aku berkecimpung dalam dunia blog ni. Dalam dunia realiti aku sememangnya suka menyendiri. Itu jugaklah imej yang terpancar kat blog aku ni. Blog yang sangat simple, nampak seolah-olah terlindung dan tersorok. Bukan seolah-olah lagi. Dah memang nyata tersoroknya. Cuma ada design template yang suram dihiasi pulak oleh warna yang suram muram. Banyak bercerita dan membebel tapi tak pernah tau "siapa aku". Sebenarnya blog ni bukan bermotif nak tackle traffic yang tinggi, bukan jugak untuk meraih side income, jauh sekali untuk berniaga. Blog ni cuma bermotif untuk membebel dan bercerita. Juga untuk sentiasa mengingatkan diri aku andai aku terleka.

Banyak lagi nak ulas pasal ni sebenarnya, tapi rasa macam tak perlu kot. Hehe...

Monday, March 17, 2014

Suka hati i la. Keselesaan i...

Grrrr, pagi-pagi dah geram dah hati ni. Sibuk sangat hal i tau. Suka hati i la nak keje apa, nak keje macamana. I faham la kalau ada orang concern sangat dengan masa depan i kengkononnya. Nak selidik segala gaji aku berapa, ada bonus ke tak...Hei apakah?.

Kalau sekali dua awak cakap dan ingatkan tentang kerjaya aku, aku boleh tahan lagi. Ni kalau dah setiap kali terserempak muka kau cakap benda yang sama, aku pun mulalah terasa "eh, kau dah kenapa?"... Tak kesahlah aku ada ijazah ke, pengalaman yang menggunung ke, gaji ciput ke, yang penting aku tak la sampai merempat. Aku rasa ok jer, selesa jer, siap boleh pegi honeymoon semua. Hari-hari pun mampu beli breakfast kat kedai you. Eh, ke aku pernah hutang?...tak pon, kadang-kadang kau pulak yang hutang tak cukup duit syiling nak bagi baki.

Daripada sibuk nak cerita keburukan bos aku, keburukan dan kekurangan kerja aku sekarang, lebih baik kau fokus fikir macamana nak mantapkan perniagaan kau. Tulah, masa sekolah dulu ustaz selalu pesan, cari rezeki yang halal, jujur, ikhlas, tak lupa sentiasa bersyukur. Barulah rezeki tu berkat. Sebenarnya jumlah gaji bukan penting sangat, yang penting sekali keberkatan. Kalau berkat, gaji sikit pon cukup jer. In Shaa Allah.

"Don't work hard, but work smart"

Nak kerja gaji riban-riban, awal pagi dah kena keluar, redah jammed segala bagai, takda masa untuk suami, hantar anak ke pengasuh tanpa sempat nak mandikan. Anak sakit susah nak cuti. Kerja stress, balik lambat, kat rumah pulak sambung buat kerja rumah. Penat nak marah-marah, silap-silap anak buat hal kena cubit la tamparlah. Kan jadi huru hara. Ish taknak aku.

Sebabtulah aku suka kerja aku. Kenapa?. Memanglah kadang-kadang bosan kerja sebab takda kerja. Tapi banyak lagi kelebihan lain yang aku dapat. Antaranya:

- Kalau pengasuh ada masalah, bila-bila masa aku boleh bawa anak aku ke tempat kerja.
- aku masuk kerja pukul 9, jadi aku sempat tunggu anak aku bangun tido, uruskan dia mandi semua, kemas rumah. Aku hantar anak aku pada pengasuh pon, anak aku dah bersih dah.
- Aku pergi kerja sekali jalan dengan suami aku. Jimat duit minyak. Takyah sibuk nak sediakan duit tambang bas semua. Boleh sarapan sekali dengan suami aku.
- Senang nak cuti, dulu masa aku mengandung tiap-tiap bulan mesti aku ada cuti. Bos siap pesan kalau tak larat tak payah datang, cuma perlu alert dengan setiap col dari dia. Tu pon dia col sebab nak tanya fail.
- Dah bersalin, sebulan sekali anak aku mesti kena g chek dekat klinik kesihatan, tu pon bos aku takde masalah kalau aku datang lambat.
- Office bersih, kerja sorang, aku boleh olah ikut citarasa aku, selesa untuk solat, takde had waktu untuk rehat. Asal takde kerja kau boleh rehat. kau bosan, kau boleh tengok cd.
- Peningkatan gaji ikut prestasi, kadang tak sampai 6 bulan dah ada kenaikan gaji.

Best tak?...best kan... serius aku selesa ok, yang penting banyak kebaikan untuk anak aku jugak. Walaupon gaji taklah besar mana, tapi masih cukup untuk aku, siap boleh shopping and berhoneymoon anak beranak...hepi tak?....hepinyer... Sila jangan jelouse ok...huhu

Tuesday, February 18, 2014

MISI "DIET"

Pagi tadi dalam kereta suami aku story bagitau yang adik dia dah mula berdiet cara extreme. Wah, macamana tu cara extreme?. Suami aku kata starting dua minggu jangan makan nasi langsung. Makan lauk takpe, roti pon kalau boleh kurangkan. Sayur-sayuran dan buah-buahan amat digalakkan. Aku dengar sambil angguk-angguk. Huhu. Bila dah habis cerita, suami aku kata dia pon nak buat macamtu. Ternganga aku... Mula la aku buat ayat-ayat menghasut. "Abang ni, tak payah la nak diet macamtu, janganlah sampai taknak makan nasi. Kurangkan sikit je kuantiti pengambilan nasi. Janganlah extrem sangat, nanti sakit tau". Ceh nampak tak permainan aku disitu...muahahaha...

Tau lah aku ni hati pendengki, bukan boleh tengok suami aku nak diet-diet ni, mulalah hati busuk tu timbul. Mula fikir macam-macam. dalam hati mula berkata. " suami aku nak diet, mana boleh jadi, nanti bila jalan, suami aku kurus tinggi, yang aku pulak gemuk pendek. Buruk-buruk. Ada jugak kang orang kata mak berjalan ngan anak." Jahat tak pemikiran aku... Dasar tak boleh tengok orang lebih kan. Padahal diri sendiri tak jaga makan, nak libatkan orang lain.

Bila dah sampai opis, aku termenung jap, dok fikir-fikir apa yang suami aku cakap. Hmmm, bagus jugak tau kalau aku joint sekali dia diet. Banyak faedah. Antaranya dapat jimatkan belanja makan, dapat rehat lebih sebab tak perlu nak sibuk-sibuk masak lepas blek kerja dan yang paling penting aku pon mungkin boleh fitkan badan aku ni...Senyum sendiri. Laju-laju text suami " abg, kita on la misi diet kita, kita diet sama-sama". Wah ayat, supportif sangat kan. Untung suami aku ada isteri supportif macamni. Padahal ada perkara tersirat disebalik yang tersurat. Huhuhu

Persoalannya, "mampukah aku hidup tanpa nasi?"...wait and see...Muahahaha...

Sunday, February 16, 2014

Tuan Belog Nak Membebel....

Mood memang nak membebel harini. Ha, semenjak jadi mak budak ni, memang dah pandai berleter. Benda pertama yang aku nak bebelkan ni pasal sikap cakap berbelit, harini kata lain, esok kata lain. Harini kata putih esok jadi hitam, harini kata cantik esok kata buruk. Harini kata buat macamni, esok plak tanya kenapa tak buat macamtu.. Orang yang ada sikap macamni memang dasar suka menipu dan suka membodohkan orang lain. Ewww buruk kot perangai macamni. Dah selalu sangat jumpa orang macamni, mula-mula kata " aku bukan jenis orang yang suka nak membazir ni, pakai sesuatu benda mengikut keperluan dan kemampuan. benda-benda mengarut ni aku tak suka nak beli." Aku pon dalam hati mulalah memuji, bagusnya peribadi.

Cara cakap macam ahli syurga sangat, kuat iman, tak tergoda dengan keseronokan duniawi, realitinya kata-kata tak seiring peribadi. Bila kata nak beli baju, nampak cantik semua nak beli, akhirnya semua pon terperap dalam almari, pakai yang biasa jer. Macamtu ke kata berbelanja ikut keperluan?...Something wrong disitu. Itu baru pasal shopping.

Dialog lain plak, " aku dulu hidup susah, sampai tahap nak minum air milo campur gula pon susah. Sebabtulah sekarang ni aku suka bersederhana jer. Tak suka nak mewah-mewah". Sedih sangat kan, sedih sampai tahap rasa nak belanja dia minum aor milo air bersusu masa tu jugak. Tapi semua tu dusta semata. Apa taknya, bila tengok kasut, RM 500. Handbag RM 1500, Jam 450. Dasar penipu kan kata bersederhana. Tu baru tengok tang apa dia pakai, belum tengok rumah, perabot and whatsoever la kan.

Itu ok lagi lakan, walaupun cakap tak serupa bikin, sekurang-kurangnya takdelah nak hasad-hasad kat orang lain.

Spesies yang lagi menyakitkan hati, bila suka buat ayat orang beriman bila tengok kelebihan dan kebahagiaan orang lain. Contohnya, "tak faham la dengan sesetengah manusia yang suka membazir beli kasut mahal-mahal semata-mata untuk pergi kerja jer. Kalau i la, i takkan buat benda b***h macamtu.". Selang beberapa bulan, nah hambik, kasut PRADA kau guna untuk kerja. What the nonsence?...

Tengok kebahagiaan orang bercuti, orang berkahwin, orang update ada baby, ada rumah besar, mulalh nak buat status macam ustazah. " Janganlah kamu berbongkak dengan apa yang kamu miliki kerana itu semua milih Allah S.W.T yang satu". Perg sentap bagi sesiapa yang pernah update segala bagai kat fb ni. Bila view fb dia. Bukan main lagi, sakan la tunjung gambar tunang mengalahkan orang majlis kahwin, tak cukup lagi siap announce lagi puluh ribu duit hantaran. Gambar pergi oversea segala bagai semua nak upload.

Bila dah tengok fenomena macamni, aku jadi pasif di Facebook. Mati kutu nak update ape?...poning-poning...

Bila dah tercerita pasal facebook ni. Terasa plak nak kongsi perasaan aku ni. Perasan tak sekarang ni berleluasa la orang ni dok upload video-video penganiayaan kanak-kanak?. Tak kurang jugak cerita-cerita ataupon berita yang melibatkan kekejaman terhadap kanak-kanak.

Apa yang aku nak kongsi adalah, aku amat-amat terkesan dengan fenomena ni. Masalah jugak tau bagi aku. Korang bayangkan ae. Aku dari rumah, hepi-hepi, hati riang ria nak pergi kerja. Buka internet, on fb, baca-baca news, gelak-gelak, tiba-bila menangis, sedih, hati tak menentu sampai balik keje. Tengok anak peluk erat-erat sampai nak tido pon terbayang-bayang lagi imej-imej kekejaman terhadap kanak-kanak.

Kadang-kadang jadi takut nak on fb,nak scroll lebih-lebih.. Masalah-masalah. Mungkin betul cara insan-insan ni update benda-benda macamtu, yelah, beratus-ratus akan mendoakan, keselamatan, keamanan dan kesejahteraan kana-kanak malang ini termasuklah aku. api aku jiwa sensitif, mudah je nak sedih, nak selam-selam penderitaan kanak-kanak, nak menangis-menangis, nak teringat-teringat kan anak sampai hubby aku turut sama tension melayan perangai bini dia muka sebek je balik keje...

Rasa dah cukup kot. hati aku pon dah sejuk ni...Alhamdulillah...

Tuesday, February 11, 2014

Alamak, jerawat...

Lepas mandi pagi tadi aku sikat rambut, ikat rapi. Dah perfect, aku belek muka aku sebelum tepek bedak padat. Alamak, jerawat tumbuh didagu, aku tekan, tekan dah ada timbul, tapi mata dia tak keluar lagi.. Adui, rasa rimas plak.

Untuk pengetahuan, dulu time sekolah menengah, muka aku ni tempat fvrout jerawat nak membiak. Almaklumlah, aku bukan orang senang. Masa tingkatan 6 aku ke sekolah jalan kaki, lalu tepi jalan raya. Muka ni amatlah terdedah dengan habuk dan asap kenderaan. Sedih tul rasa. Asal balik rumah bukak tudung, belek muka kat cermin terserlah belak/belang dimuka, dihias lagi dengan jerawat pasir and ada juga ala-ala batu disitu.. Sebabtu sekarang kalau ada jerawat tumbuh aku jadi fobia. Ceh, ayat tu bajet muka sehalus kulit bayi sekarang kan. Buat rasa menyampah jer.

Berbalik semula kes jerawat aku yang dagu ni. Sampai kat opis, aku amik cermin kecik aku belek-belek lagi jerawat nan satu ni. Aku rilek lagi. Aku on pc, buat lupa kat jerawat. Aku chek email. Aku on fb pastu layan movie "highland tower" sampai habis. Dah habis tu aku amik lagi cermin kecik aku belek lagi jerawat ni. kali ni aku dah tak boleh blah. Mula la aku nak ketis, aku picit-picit sampai naik berair mata aku. Lastly apa pon tak keluar. Yelah jerawat baru nak tumbuh. Hasilnyer kawasan situ jadi bengkak ler. Tulah cari penyakit namanya.

Kompomlah balik nanti kena tegur ngan hubby sal jerawat ni. Elok-elok benda tu kecik dah jadi besar sebab bengkak. Gatal tangan betul la Ain ni. Tadah la telinga dengar nasihat yang sama dari hubby yer..

Ayat hubby : Lain kali kalau ada jerawat jangan diusik, nanti dia pecah sendiri la tu. Usik-usik kan dah berbekas dah tu...

Monday, February 10, 2014

Kuat Makan

Gila, gila, gila... Dah kuat makan sangat ni. Nafsu makan tak terkawal dah aku rasa ni. Paling ketara bila nasi ayam terbayang-bayang kat otak aku tengahari tadi. Pagi tadi dah bfast nasi lemak ngan hubby. Kul 2 petang dah terbayang nasi ayam. Cuba buat-buat lupa, layan tenet, tengok tb, tetap tak jalan. Tengok tb pon nampak nasi ayam. Melampau kan.

Apa la nak jadi. Ngeri kot bila pikir-pikir tentang perubahan diri aku ni. Sekarang bila jalan kat mall ngan hubby and my love baby, aku paling takut tengok mesin penimbang. Bila nampak je, laju-laju aku jalan lintas benda alah tu. Last aku timbang berat aku 53kg, sekarang tak berani aku nak anggar berat aku sendiri.

Hari-hari bangun tido ukur lilit pinggang, bila lebih dari yang dijangka, mula la muram sepanjang hari. Buat kerja apa-apa pun cepat rasa penat. Buat kerja sikit kat umah dah rasa rimas. Bila duduk-duduk terasa lemak-lemak tepi badan, down sendiri, rasa diri hodoh sangat. Venci, venci, venci.

Tak bley jadi ni. Aku kena berubah, kena jaga makan. Kena kawal kuantiti setiap hidangan yang aku ambil. Kalori menimbun-nimbun setiap hari. Dah la kerja dalam air-cond, duduk ajer. Makin menjadi-jadi la pertambahan saiz dan berat kat badan aku ni. Bila on fb, tengok pic kawan-kawan, sepupu-sepupu meletop-letop badan, diri sendiri stress, padahal salah diri sendiri.

Bila keluar jalan-jalan makan angin, terserempak gegirl cantik-cantik, slim-slim, cepat-cepat tengok mata hubby. Jeles tak tentu pasal, padahal hubby tak pandang langsung gegirl tu. Sakit jiwa...hahahaha... Bila rasa diri tak cantik, mula la nak sensitif. Bila hubby tenung mesti pikir hubby tengok kita gemuk. T mula la tanya "kenapa tengok camtu?, ayg gemuk ker?"... Suasana yg sepatutnya romantik jadi tak romantik terus. Asyik negatif jer. Hubby puji pun kata perli. Stress hubby aku ngadap bini camni...Sabo jelah b..hehehe...

Tanam Azam Nak Kurus. Luputkan bayangan makanan yang indah-indah dalam pemikiran... Ape? ayam KFC????...hahaha...jangan menggoda...

Tuesday, February 4, 2014

Anakku Ameera Zulaikha dah besar.

Pejam celik-pejam celik anak aku dah umur 10 bulan. Dah banyak benda pandai. Dah pandai berdiri, jalan mapah2 meja. Segala benda nak kemas, pandai kembur-kembur kain, selerakkan segala periuk belanga. ( Ini melampau ). Kadang-kadang terpekik jugak la kat ayah dia, huhuhu.

Dah mula nampak sifat-sifat dia. Antaranya suka makan. Anak aku memang suka makan. Pantang nampak aku pegang makanan cepat je datang. Tau-tau dah berdiri pegang lutut aku nak ngecek. Hehe. Mulut dah kecap-kecap tak sabar mintak suap. Serius cute, perasan puji anak sendiri kan..hahaha. Nak kesah apa, siapa lagi nak puji kan. Haruslah ibu dia sendiri yang puji. Kalau orang lain siap kejar anak nak bagi makan. Anak aku tak payah, kadang-kadang sampai aku menyorok kalau nak makan apa-apa.

Dah pandai sebut mama, abah, ayah. Tapi tak pandai sebut ibu. kalau aku sebut iiiibu. Dia jawab mamah. Tak kesah la nak, ibu ke mama ke. Boleh ampun. Tapi bila dah pandai cakap, tetap nak ibu jugak tau. tak boleh tak...hahaha, ibu taknak mengalah.

Semalam aku tenung muka anak aku dalam-dalam masa dia tengah tido. Serius sayang gila kat anak. Dah besar dah anak aku. Dah pandai macam-macam. Memang anak ni penghibur hati. kalau tengah bersedih memang aku cari dia. Aku peluk dia kuat-kuat. Kadang-kadang pelik anak aku tengok perangai ibu dia ni. Tapi betul tau. Walaupun anak aku tak tau apa-apa, bila aku peluk dia time sedih, ia mampu melegakan hati aku.

Bila tengok anak aku macam dah besar, terasa jugak macam nak mengandung lagi... Hahaha , melampau kan, cakap macam anak dah umur 10 tahun padahal baru 10 bulan... Hm, aku rindu time baby gerak-gerak dalam perut, rindu nak rasa bawak perut ada baby, rindu nak bau syurga, rindu anak aku masa baru lahir, Comel sungguh...

Anak itu anugerah terindah dalam hidupku. Syukur Alhamdulillah ya Allah...

Sayang selamanya "Anakku"...

Alahai nak diet.

Tension bila terasa diri gemuk. Nak-nak bila orang dah tegur. Tanya kat hubby, dia kata okey2 jew. Tengok diri sendiri kat cermin rasa macam nak menangis..huk2. Hari-hari bangun tidur terus capai tap ukur pinggang. Berharap pinggang saiz 26. Hmm mimpi2.. Tetap 28. Gemuks. Nasib takde penimbang kat rumah. Kalau tak hari-hari meroyan stress.

Berangan nak diet, tapi macamana nafsu tak terkawal. Asal hubby ajak makan sama tak mampu nak tolak. Memula konon nak teman, bila dah duk sebelah tak tahan terus cedok nasi. Hmm hari-hari pon gagal. Bila dah kekenyangan mula la nak menyesal. Apa nak buat?... ada beberapa baju yang aku dah tak boleh pakai. Hari2 try baju tu tapi hari-hari jugak kecewa...sedih tau.

Monday, January 27, 2014

Tension keje yang tak ada keje...

Hmmm, orang lain sakit kepala kerja bila kerja banyak melambak. Aku ni pulak, takde keje nak buat, sampai tahap hari-hari aku bawak cd dari rumah n layan kat opis sampai balik. Boleh bayang tak. Aku bukan tak bersyukur tapi lama-lama jadi tak selesa. Rasa macam makan gaji buta. Hari-hari balik rumah muka macam kerang busuk sebab dok fikir ape je yang aku buat kat opis hari-hari.

Hari-hari bila sampai opis, aku on pc, aku check email lepastu layan fb sampai aku bosan. Bila dah xder pe2 nak buat, aku tengok movie. Itu jer yang aku buat hari-hari. Kalau hari jumaat and sabtu jangan cakap la. Talipon opis memang takkan bunyi. Email pon jarang ada email yang penting. Jadi memang aku dok termenung, selongkar-selongkar fail balik. Aku pon dah tak ingat dah berapa kali aku dok selongkar fail sampaikan aku dah hafal nama fail, kedudukan fail, warna fail.

Dah mula terfikir ni nak cari kerja baru. Mudah-mudahan ada rezeki untuk aku. Aku nak nikmat kerja... Aku nak rasa nikmat bila dapat dan merasai gaji dengan kerja yang bertungkus lumus.

Walau macamana pon, dalam kerja tak berapa nak ada, aku dah dua tahun kerja kat sini. Dari gaji rm 800 sampai dah rm 1100. Banyak jugak yang aku dah belajar. Sebenarnya, masa mula-mula aku interview kerja ni, aku ni dijelaskan oleh bos aku sebagai kerani am. Sedia maklumlah kerani am ni buat semua kerja tapi bos aku kata akaun pon aku handle sekali. Maknanya setiap bulan dia nak tengok penyata pendapatan. Biru jugak muka bila dia explain skop kerja aku. Tapi aku grab jugak kerja ni.

Mula-mula kerja, memang rasa banyak kerja, susun balik fail, filing semuanya, tukar fail yang dah buruk-buruk. Hepi giler. Nikmat walaupun cuma dapat rm 800. Tiap awal bulan sentiasa ada laporan penyata aku siapkan. Aku rasa kalau aku takde kat opis ni, bos aku sendiri boleh cari apa je fail yang dia nak. Dah tak susah sebab aku dah listkan fail yang ada kat setiap drawer fail.

Tapi sekarang kerja aku cuma provide penyata setiap awal bulan, kira gaji pekerja lepastu sebulan aku takde kerja melainkan bila bos datang hantar DO atau ada incoming order dalam email company. Tapi nak siapkan kerja-kerja tu tak ambil masa lama. Satu DO boleh siap 5 minit. Reply email 5 minit. Lepastu?... duduk goyang kaki, keluar cari makanan. Makan sambil layan movie.

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan rezeki aku ni, tapi tak salahkan nak mencuba yang lagi mencabar... Namun aku percaya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

-meluah perasaan-

Sunday, January 19, 2014

Kematian.

Semoga, apa yang akan aku coretkan menjadi satu ibadah dalam memupuk rasa kesedaraan sesama kita, untuk diri ini juga. Alhamdulillah aku dah habis baca satu buku menarik yang bertajuk "indahnya kematian". Bila aku baca, hati aku rasa tertarik dan rasa ingin terus membaca. Satu ayat yang aku suka nak kongsikan disini adalah:

" Allah mewajibkan setiap hambanya melakukan ibadah kerana Allah mahu mewajibkan setiap hambanya memasuki syurganya".

Ayat yang ringkas, tapi cukup buat aku malu kepada Allah S.W.T. Tak dinafikan kadang-kadang susah untuk aku menikmati solatku. Kadang-kadang hadir juga rasa penat untuk menunaikan solat yang tak sampai lima minit. Aku malu kerana Allah menjanjikan syurga yang sangat indah bagi hambanya yang menunaikan perintahnya. Sedangkan aku hanya perlu solat tapi menganggapnya sebagai sesuatu yang "melecehkan".

Aku lagi sanggup menghabiskan 8 jam setiap hariku untuk berkerja demi gaji RM 1000++. Daripada peruntukan hanya tidak sampai 1 jam beribadah kepada Allah setiap hari untuk dianugerahkan syurga.

Kini ayat ni aku sematkan dihati sebagai pembakar semangat untuk aku lebih menikmati solatku. Amin...

* Jika kita sentiasa memelihara keindahan solat kita, In Shaa Allah kebaikan-kebaikan lain akan mengiringi kita dan membentuk kita menjadi insan yang indah, yang mampu melahirkan keperibadian yang indah, kata-kata yang indah, pemikiran-pemikiran yang positif, dan dapat meraih kehidupan yang baik di dunia juga.