Monday, November 18, 2013

Awal sangat la pulak.

Alahai, sejak buat kelas tusyen ni, terasa macam dah takde masa nak sarapan. Terasa macam cepat sangat pula budak-budak ni sampai. Pukul 9 pagi start kelas, pukul 12 tengahari baru habis. Naik senak perut. Tapi takpe la, bagus jugak dapat anak murid rajin. Tak payah la aku nak jerit panggil-panggil masuk. Huhuhu

Hantu durian ke aku?, ahak tak perasan plak...

Musim durian  dah tiba... Banyak jugak dah durian yang aku dah makan. Aritu bos aku bagi 4 biji durian. Masa makan durian, rasa syiok sangat. Sedap tak terkata. Bila orang tanya, suka durian tak. Engkek je jawab. Biasa-biasa je, ada makan, takde pun takpe. Tapi bila ada durian depan mata, nafsu jangan kata. Mulut dah ternganga tunggu suami aku bukak durian. Dalam hati kata lambatnya. Bila durian dah bukak, laju-laju ambik. Main sambar jer. Seulas dah selamat masuk mulut, seulas lagi dah ready kat tangan, mata plak masih tengok kat durian yang masih ditempatnya. Dapat bayangkan tak?...hahahaha, teruk gila perangai, mula dah macam hantu nak makan darah.... Macam tu kata "biasa-biasa aje".. Tu la "hantu durian"....

Note : Baru tau aku ni hantu durian rupanya...

Wah, dah ada perasaan...

Amboiiiiiiiiiiiii dia, tuman naceee dia. Dengar je laungan macam tu, terus menangis esak-esak. Sedih noo lah tu... Uhuk3. Anak aku dah ada perasaan la... Suka gile menyakat budak kecik. Nasib kau la nak dapat ibu suka mengusik ni. Rasa macam comel je anak aku menangis. Sebelum nangis mesti tekup muka kat tangan gebus dia pastu uwaaaa, pastu pandang aku dengan air mat meleleh-leleh. Sikit-sikit merangkak datang kat aku, nangis kat riba... sedih kan... Ala bukan susah pun nak pujuk, dukung, peluk, cium-cium sikit, gigit-gigit manja kat perut dia, ketawa la balik.

Tapi bila fikir-fikir balik, boleh terkena gangguan emosi anak aku kalau asyik kena marah je kan... Ciann anak aku...

Ps : Ameera Zulaikha, takmo nakal-nakal ae. Ibu sayang adik...alololo....

Thursday, November 14, 2013

Perkembangan "Alhamdulillah"

Fikir-fikir, dah hampir setahun jugak aku berjinak-jinak ngan aktiviti tusyen ni. Mula-mula ada satu permintaan, lepastu dua. Aku ajar dua kanak-kanak tu cuma suka-suka je. Tanpa diduga aku dibayar RM 50 sebulan bagi setiap seorang. Takut jugak bila dibagi tanggung jawab. Apepun, aku cuba jadikan ni sebagai satu medium untuk aku belajar bagaimana untuk mendidik secara mudah ,bijak dan tanpa tekanan. Walaupun agak garang, tapi Alhamdulillah dari tak pandai baca, sampai mampu membaca surat khabar dan mampu mengolah cerita untuk dijadikan karangan mengikut tajuk yang aku sendiri pilih. Sebagai orang yang berperanan mendidik, aku gembira melihat perkembangan mereka.

Yang penting, penjaga mereka turut gembira melihat anak mereka kini sudah boleh bergerak seiring dengan kanak-kanak  yang lain. Dari bahasa melayu, aku melangkah ke matematik, bahasa inggeris dan sains. Alhamdulillah, mereka anak didikku kini mampu menguasai apa yang aku ajarkan.

Apa yang membuatku gembira, baru-baru ini, penjaga mereka meluah rasa gembira dengan peningkatan pencapaian pendidikan anak mereka disekolah. Kalau dulu keputusan terdiri dari band 2,3,dan 4. Tapi untuk Penilaian akhir tahun majoriti subjek mencapai band 5 dan tidak kurang dari 4. Walaupun, mungkin bukan sesuatu yang perlu dibanggakan, namun aku gembira dengan senyuman dan keselesaan anak-anak itu meneliti keputusan ditangan mereka.

In shaa Allah, menjelang cuti persekolahan akan bertambah anak didikku. Aminn.

*Gembira menjadi pendidik*... Terima kasih kepada yang sudi mengguna khidmatku.

Wednesday, November 13, 2013

Cakap berlapik atau cakap terbalik...

Hahaha, tergelak baca satu info ni kat fb pasal peel perempuan yang suka cakap terbalik. Maksud cakap terbalik ni macam cakap tak sama macam hati. Contohnya " saya tak kisah". Tapi dalam hati sebenarnya sangat la kisah. Hehehe. Apa yang buat aku ketawa bila secara tak langsung aku teringat balik yang aku selalu sangat buat macamtu. Bila fikir balik, perempuan ni memang banyak kerenahnya kan. Dalam info tu dia ada kata kalau suami boleh memahami bahasa terbalik wanita maknanya suami tu seorang yang romantik. Dekat situ memang point penting sebab dari situ aku sedar suami aku seorang yang sangat memahami, romantik dan menyenangkan.

Kadang-kadang pelik juga , macamana suami aku ni dengan mudah boleh memahami semua bahasa terbalik aku. Dia pernah buat research ke sebelum kawen dengan aku...hehehehe. Tapi apa yang aku tahu, suami aku sangat memahami dan menyayangi aku.

Bila baca pasal topik ni, banyak sangat wanita-wanita mengharap suami dan pasangan diorang dapat memahami hati dan fikiran mereka. Sedangkan aku dah miliki seorang yang sangat membahagiakan aku.

Kalau aku cakap "penatnya harini, letihnya, abang nak makan apa harini ek?. " Biasanya dia akan jawab, "ayang rehat la dulu, malam karang lepas magrib kita makan kat " Pak Ndak Arbak" ae". Hehehe. Dia memang tau maksud di sebalik keluhan aku.

Kalau aku tanya " abang tak lapar ke? " dia takkan jawab tak pun, atau lapar la jugak. Biasanya dia akan jawab " erm, hidang la makan malam, kita makan sama-sama ". Sebab dia faham aku dah lapar.

Disebabkan dia dah teramat faham dengan bahasa berlapik ni, dia pun seringkali jugak terjerumus dalam gejala cakap berlapik ni.hahaha.

Kadang-kadang, suami aku suka cakap, "erm, bestnye kalau dapat makan nasi lauk kari ayam ngan sambal belacan". Aku yang dengar ni biasanya jawab, "abang nak ayang masak tu ke harini?" dengan mulut mengherot n muka penat. Dia pun jawab, "macam teringin, tapi kalau tak ada pun takper". Kata-kata dia tu memang selalunya buat aku tersuntik, tiba-tiba rasa kesian, belas akan timbul. Demi rasa tulah aku dengan semangatnya akan cuba masak apa yang diinginkan.

Nampakkan, betapa indahnya bahasa bila disampaikan dengan kata-kata yang sopan.

Cuba bayangkan, kalau aku tengah penat, tetiba suami aku kata, yang arini masak nasi lauk kari ayam dengan sambal belacan k. Agak-agak apa aku akan kata?... Aku tak kata apa-apa, tapi dengan muka penuh keboringan dan tidak keikhlasan aku masak untuk dia dan hasilnya mungkin menghampakan seperti termasin, dan tak sedap.

Samaada percaya atau tidak, cara berkomunikasi yang sopan antara suami dan isteri mendorong kepada wujudnya perhubungan yang rapat dan mesra selain memperkukuh rasa hormat antara satu sama lain dalam diri.

P/s : Berbahagialah bersama pasangan dan anak-anak... =)