Monday, November 18, 2013

Awal sangat la pulak.

Alahai, sejak buat kelas tusyen ni, terasa macam dah takde masa nak sarapan. Terasa macam cepat sangat pula budak-budak ni sampai. Pukul 9 pagi start kelas, pukul 12 tengahari baru habis. Naik senak perut. Tapi takpe la, bagus jugak dapat anak murid rajin. Tak payah la aku nak jerit panggil-panggil masuk. Huhuhu

Hantu durian ke aku?, ahak tak perasan plak...

Musim durian  dah tiba... Banyak jugak dah durian yang aku dah makan. Aritu bos aku bagi 4 biji durian. Masa makan durian, rasa syiok sangat. Sedap tak terkata. Bila orang tanya, suka durian tak. Engkek je jawab. Biasa-biasa je, ada makan, takde pun takpe. Tapi bila ada durian depan mata, nafsu jangan kata. Mulut dah ternganga tunggu suami aku bukak durian. Dalam hati kata lambatnya. Bila durian dah bukak, laju-laju ambik. Main sambar jer. Seulas dah selamat masuk mulut, seulas lagi dah ready kat tangan, mata plak masih tengok kat durian yang masih ditempatnya. Dapat bayangkan tak?...hahahaha, teruk gila perangai, mula dah macam hantu nak makan darah.... Macam tu kata "biasa-biasa aje".. Tu la "hantu durian"....

Note : Baru tau aku ni hantu durian rupanya...

Wah, dah ada perasaan...

Amboiiiiiiiiiiiii dia, tuman naceee dia. Dengar je laungan macam tu, terus menangis esak-esak. Sedih noo lah tu... Uhuk3. Anak aku dah ada perasaan la... Suka gile menyakat budak kecik. Nasib kau la nak dapat ibu suka mengusik ni. Rasa macam comel je anak aku menangis. Sebelum nangis mesti tekup muka kat tangan gebus dia pastu uwaaaa, pastu pandang aku dengan air mat meleleh-leleh. Sikit-sikit merangkak datang kat aku, nangis kat riba... sedih kan... Ala bukan susah pun nak pujuk, dukung, peluk, cium-cium sikit, gigit-gigit manja kat perut dia, ketawa la balik.

Tapi bila fikir-fikir balik, boleh terkena gangguan emosi anak aku kalau asyik kena marah je kan... Ciann anak aku...

Ps : Ameera Zulaikha, takmo nakal-nakal ae. Ibu sayang adik...alololo....

Thursday, November 14, 2013

Perkembangan "Alhamdulillah"

Fikir-fikir, dah hampir setahun jugak aku berjinak-jinak ngan aktiviti tusyen ni. Mula-mula ada satu permintaan, lepastu dua. Aku ajar dua kanak-kanak tu cuma suka-suka je. Tanpa diduga aku dibayar RM 50 sebulan bagi setiap seorang. Takut jugak bila dibagi tanggung jawab. Apepun, aku cuba jadikan ni sebagai satu medium untuk aku belajar bagaimana untuk mendidik secara mudah ,bijak dan tanpa tekanan. Walaupun agak garang, tapi Alhamdulillah dari tak pandai baca, sampai mampu membaca surat khabar dan mampu mengolah cerita untuk dijadikan karangan mengikut tajuk yang aku sendiri pilih. Sebagai orang yang berperanan mendidik, aku gembira melihat perkembangan mereka.

Yang penting, penjaga mereka turut gembira melihat anak mereka kini sudah boleh bergerak seiring dengan kanak-kanak  yang lain. Dari bahasa melayu, aku melangkah ke matematik, bahasa inggeris dan sains. Alhamdulillah, mereka anak didikku kini mampu menguasai apa yang aku ajarkan.

Apa yang membuatku gembira, baru-baru ini, penjaga mereka meluah rasa gembira dengan peningkatan pencapaian pendidikan anak mereka disekolah. Kalau dulu keputusan terdiri dari band 2,3,dan 4. Tapi untuk Penilaian akhir tahun majoriti subjek mencapai band 5 dan tidak kurang dari 4. Walaupun, mungkin bukan sesuatu yang perlu dibanggakan, namun aku gembira dengan senyuman dan keselesaan anak-anak itu meneliti keputusan ditangan mereka.

In shaa Allah, menjelang cuti persekolahan akan bertambah anak didikku. Aminn.

*Gembira menjadi pendidik*... Terima kasih kepada yang sudi mengguna khidmatku.

Wednesday, November 13, 2013

Cakap berlapik atau cakap terbalik...

Hahaha, tergelak baca satu info ni kat fb pasal peel perempuan yang suka cakap terbalik. Maksud cakap terbalik ni macam cakap tak sama macam hati. Contohnya " saya tak kisah". Tapi dalam hati sebenarnya sangat la kisah. Hehehe. Apa yang buat aku ketawa bila secara tak langsung aku teringat balik yang aku selalu sangat buat macamtu. Bila fikir balik, perempuan ni memang banyak kerenahnya kan. Dalam info tu dia ada kata kalau suami boleh memahami bahasa terbalik wanita maknanya suami tu seorang yang romantik. Dekat situ memang point penting sebab dari situ aku sedar suami aku seorang yang sangat memahami, romantik dan menyenangkan.

Kadang-kadang pelik juga , macamana suami aku ni dengan mudah boleh memahami semua bahasa terbalik aku. Dia pernah buat research ke sebelum kawen dengan aku...hehehehe. Tapi apa yang aku tahu, suami aku sangat memahami dan menyayangi aku.

Bila baca pasal topik ni, banyak sangat wanita-wanita mengharap suami dan pasangan diorang dapat memahami hati dan fikiran mereka. Sedangkan aku dah miliki seorang yang sangat membahagiakan aku.

Kalau aku cakap "penatnya harini, letihnya, abang nak makan apa harini ek?. " Biasanya dia akan jawab, "ayang rehat la dulu, malam karang lepas magrib kita makan kat " Pak Ndak Arbak" ae". Hehehe. Dia memang tau maksud di sebalik keluhan aku.

Kalau aku tanya " abang tak lapar ke? " dia takkan jawab tak pun, atau lapar la jugak. Biasanya dia akan jawab " erm, hidang la makan malam, kita makan sama-sama ". Sebab dia faham aku dah lapar.

Disebabkan dia dah teramat faham dengan bahasa berlapik ni, dia pun seringkali jugak terjerumus dalam gejala cakap berlapik ni.hahaha.

Kadang-kadang, suami aku suka cakap, "erm, bestnye kalau dapat makan nasi lauk kari ayam ngan sambal belacan". Aku yang dengar ni biasanya jawab, "abang nak ayang masak tu ke harini?" dengan mulut mengherot n muka penat. Dia pun jawab, "macam teringin, tapi kalau tak ada pun takper". Kata-kata dia tu memang selalunya buat aku tersuntik, tiba-tiba rasa kesian, belas akan timbul. Demi rasa tulah aku dengan semangatnya akan cuba masak apa yang diinginkan.

Nampakkan, betapa indahnya bahasa bila disampaikan dengan kata-kata yang sopan.

Cuba bayangkan, kalau aku tengah penat, tetiba suami aku kata, yang arini masak nasi lauk kari ayam dengan sambal belacan k. Agak-agak apa aku akan kata?... Aku tak kata apa-apa, tapi dengan muka penuh keboringan dan tidak keikhlasan aku masak untuk dia dan hasilnya mungkin menghampakan seperti termasin, dan tak sedap.

Samaada percaya atau tidak, cara berkomunikasi yang sopan antara suami dan isteri mendorong kepada wujudnya perhubungan yang rapat dan mesra selain memperkukuh rasa hormat antara satu sama lain dalam diri.

P/s : Berbahagialah bersama pasangan dan anak-anak... =)

Thursday, October 31, 2013

Bahagia ke "PROTES".

Best sangat ke protes orang?... rasa diri hebat ke?...Rasa diri betul sentiasa?...mentang-mentang awak dah berjaya, sibuk uruskan perniagaan kehulu hilir dengan kereta mewah. Bila jumpa kawan lama duduk kedai kopi borak-borak kosong, lancang mulut kata mereka PEMALAS, tak ada masa depan.

Hai Encik, bukan diorang takder masa depan yer, tapi nasib awak yang lebih baik sikit berbanding mereka. Kalau dah kaya jangan riak. Orang kalau dah kaya dia takkan sedar perkataan yang keluar dari mulut dia mengguris hati dan perasaan orang, sampai satu tahap bila dah jatuh baru nak muhasabah diri cari silap dimana.

Miskin itu dugaan, kaya pun dugaan. Ingat itu. Rezeki itu milik Allah, bila-bila masa dia boleh ambil balik.

Berhati-hati dengan kata-kata...

Thursday, September 5, 2013

Aku yang dulu...

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang...ceh3 nak jugak kan... mengada sekejap... Tadi baca satu post rakan bloggers, rasa terpanggil plak nak tulis pasal perangai lama ni.. Sape yang panggil ntah... Perasan tu namanya...hehehe...

Erm, teringat dulu time masih jadi student, banyak sangat masa terluang.. Ok3, kenapa aku sebagai student ada banyak sangat masa terluang?... ada persoalan disitu... Sepatutnya student ni sibuk dengan aktiviti kampus kan. Chop, jawapannya aku ni pemalas...hahaha.. malas nak joint kelab, malas nak turun senam aerobik, malas, malas and malas semua perkara...

Dah semua malas, apa plak yang aku akan buat time tu?... Aku ada satu hobi mengarut, sampai sanggup tido sebelah lappy.... aku masa tu gila chatting... aku chatting dengan sape saja yang sudi buzz or hai aku tak kira lelaki atau perempuan. Banyak watak aku bawak, kadang-kadang aku berlakon jadi lelaki, kadang-kadang jadi wanita yang sangat sopan, pernah jadi perempuan gedik tapi jangan pikir bukan-bukan k. Aku tak pernah melebihi batas... Cuma suka-suka jew... Pernah tau aku buat sorang girl ni fall in love ngan aku sebab mati-mati ingat aku ni lelaki. Jahat kan, tapi aku sentiasa ada cara craetive nak buat sesiapa yang terpedaya takkan kecewa lama.

Lagi satu benda yang aku suka yang kadang-kadang aku sendiri pun tak paham dengan diri aku, aku suka feeling-feeling sedih. Masa tu menggelabahlah cari diary, buat-buat tulis, bayangkan akulah insan yang paling malang didunia pastu post kat fb status-status macam orang nak bunuh diri. (aku ni ada masalah jiwa ke)...hahaha... Kalau member-member yang dah sangat kenal ngan aku takkan tersentuh langsung ngan post-post aku. Kalau tetiba nampak aku sedih pun diorang tak heran.

Lagi satu perangai aku, sentiasa nak tunjuk macam confident. Kata orang, " tanpa gentar". Biasalah kan bila jadi student ni akan selalu berdepan dengan yang namanya "presentation". Setiap bulan ada je "presentation". Bila lecturer bagi jer task dan umumkan tarikh perbentangan tugasan, dada ni rasa macam nak pecah. Nervous weyh, baru bagi task dah nervous sebenarnye, Tapi muka maintain macam takde apa pun yang berlaku. Tengok task sambil senyum senget (muka terangakat berlagak). Kawan-kawan tak pernah tau kalau aku akan menggelabah setiap kali dapat tugasan. Bila fikir punya fikir, cari punya cari dapatlah idea and artikel yang sesuai. Bermula  proses tapisan, rangkaan, penyusunan, dan penambahan. Bila siap dalam bentuk penulisan, muka la proses ringkasan untuk dipindahkan dalam bentuk power point agar mudah untuk dibentangkan dalam bentuk slide show. Bila member-member tanya aku dah siap ke, aku jawab "tak buat mende pun ag"(berlakun baik)... Jahat tak....muahahaha.... Aku buat sebab aku tahu aku siapa, aku tak sehebat mereka, jadi aku memang kena lebih bersusah payah, jiwa,hati aku ni jenis nervous jer. Sampai masa pjk time skola rendah, kalau kena lumba lari pun aku nak nervous jugak. Time nak present memang rasa macam nak pengsan sebenarnyer tunggu nama kena panggil. Tapi satu kehebatan aku, control... hehehe...

Itulah aku yang dulu. Sekarang ni aku dah berkahwin. Dah jadi isteri dan ibu. Aku sibuk dengan kerja dan urusan rumahtangga. jadi dah tak terfikir pun nak buat benda mengarut macam dulu... huhuhu...




Thursday, August 15, 2013

APA NAK JADI DENGAN "KHALIFAH" MASA KINI.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, memang lama dah tak update blog ni. Hari ini baru hati ni rasa ditarik-tarik nak buat post baru. Tengok pada tajuk entry kali ni, maaf andai buat segelintir pembaca rasa terguris. Seperti yang kita tahu, lelaki merupakan khalifah tak kira la dalam organisasi kecil mahupun besar. Namun apa yang akan saya coret di sini bukanlah merujuk kepada semua lelaki, hanya segelintir mereka yang lupa pada tanggungjawab dan hak. Entri ni saya coret adalah bersangkutan dengan kes suami pukul isteri dalam lift yang yang sedang hangat diperkatakan, sedikit sebanyak menarik perhatian saya juga untuk mengikutinya. Setelah melihat sendiri video di youtube, satu perkataan yang keluar dari mulut adalah "kejam".

Masa kamu sayang, kamu pujuk, kamu rayu, kamu jaga, sehingga si isteri sanggup mengharung liku hidup disisimu, hubungan cinta, kamu dikurniakan cahaya mata. Sampai satu saat kamu membahagi cinta, tak cukup dengan tu kamu cuba mengambil permata hidupnya. Sangat kejam. Kenapa mesti dia kau persalahkan?. Kau yang kejam. Sikap kau buat anak kecil lebih memilih ibunya dari kau. Walaupun diri ni tak tahu menahu, tapi diri ini yakin, anak la tempat isterimu meleraikan kekusutan. Anak-anaklah yang menjadi peneman semasa kau sibuk mengejar cinta yang baru. Pernahkah engkau tahu betapa parahnya hati isterimu?..

Paling tak boleh diterima bila kau memukul, kau menendang ibu kepada anak-anak kau. Perempuan yang bersusah payah, bertarung nyawa melahirkan anak yang kau cuba rebut tu. Kau memang kejam.


Erm emosi plak....

P/S : hargailah isteri....

Thursday, May 30, 2013

Pengalaman melahirkan puteriku "Ameera Zulaikha" Bhgn 2.

Sampai di LR, aku terus disalinkan pakaian dan dipasang alat CTG di perut. Sakit yang semakin kuat mula menyerang lebih kuat, dengan keadaan demikian, alat CTG membuatku rimas. 2 jam aku di LR, lebih kurang 4kali VE dilakukan. Masa tu setiap kali kena VE rasa macam nak tendang je nurse atau doktor. Sakit tau. Bukaan tetap sama 5cm. Tiada pertambahan sakit semakin kerap 1 minit sekali sampai aku rasa sepanjang masa sakit. Degupan jantung baby dah tak cantik. Suamiku dah berada di sisi. Semasa aku sedang berperang dengan kesakitan, aku cemas bila alat CTG seolah tidak kedengaran jantung babyku. Masa tu aku tak tau nak cakap apa. dalam hati berdoa agar semuanya selamat.

Tak lama lepas tu nurse datang dan memberitahuku aku perlu di operate. Aku redha mengangguk dengan memandang ke arah suami. Suami mengangguk tanda pasrah. Yang penting nyawa anakku. Tiada lain yang ku fikir waktu tu. Bila keputusan dicapai, aku terus disiapkan untuk dibedah. Dalam keadaan rambut yang kusut masai, peluh yang menyimbah, aku dipakaikan sarung kepala plastik macam orang yang mandi tapi taknak rambut basah tu. Waktu tu aku rasa selekeh sangat. Apa sahaja penerangan yang diberi tentang operate, risiko dan sebagainya. Aku hanya sekadar mengangguk. Aku ditolak dengan pantas ke OT.

Sampai di OT, aku dah tak tertahan, apa je yang doktor tanya, aku jawab dengan anggukan atau gelengan. Apa yang aku masih ingat sampai sekarang, waktu tu doktor nak cucuk bius separuh kat tulang belakang aku, aku disuruh duduk dengan peluk bantal dan membongkok sedikit. Ubat bius yang dicucuk bagaikan tidak rasa apa-apa jika nak dibanding sakit construction yang kualami waktu tu. Memang betul kata ibuku, bila sampai masa kita nak bersalin, kita dah tak pikir apa-apa melainkan anak dan ajal. Allah maha besar.

Aku tak rasa lagi segala kesakitan sejurus selepas ubat bius diberikan, aku terus terlelap kerana terlalu letih. Aku cuma sempat dengar doktor lafaz Bismillah dan cakap "1,2,3 START" serentak dengan torehan pisau ke perutku. Aku cuma rasa perutku di toreh, tapi tiada kesakitan. Lepas tu aku tak ingat apa-apa. Aku terjaga apabila nurse kejutkan aku untuk melihat jantina baby dan cium dia. Menitis air mata kerana terlalu gembira dan takjub dengan kekuasaan Allah. Makhluk bernyawa yang membesar didalam rahimku selama 9 bulan kini telah dilahirkan sebagai Puteriku " Ameera Zulaikha". Alhamdulillah. Anakku lahir dalam sekitar 14.15p.m dengan berat 3.4kg. Tamat...=)

Pengalaman melahirkan puteriku "Ameera Zulaikha Binti Shahril" bhgn1

Entah kenapa aku sentiasa merasakan aku akan bersalin awal dari waktu yang dijangkakan. Tapi ternyata apa yang dijangka meleset. Tarikh jangkaan aku bersalin 4/4/2013. Jadi aku ambil cuti awal seminggu dari tarikh tersebut pada 23/03/2013. Seminggu aku cuti kat rumah tapi masih tak rasa apa-apa. Cuma kalau banyak buat keje, tu pun tak la berat sangat, aku akan ada sakit pinggang dan kadang-kadang rasa sakit ari-ari macam nak datang period.

dari sehari ke sehari aku tunggu tanda-tanda bersalin turun. Maklumlah 1st time nak dapat baby. Tapi dari sehari ke sehari jugak aku kecewa. Tapi takpe aku sabar menunggu sampailah tarikh yang dijangka tiba. Tapi tanda tetap tak ada. 8/4/2013 aku pergi ke klinik kesihatan. Kesihatan, tekanan darah aku semua dalam keadaan baik. Degupan jantung dan keadaan babyku juga baik. Cuma baby belum nak keluar. Aku cuma disuruh balik dan diberi masa seminggu. Jika masih tiada tanda-tanda melahirkan aku perlu ke HSA dengan segera.

8/04/2013 malam aku mula rasa lain, aku rasa sakit di kawasan bawah perut, ari-ari dan menangkap kepinggang. Aku dapat rasakan sakit tu datang dalam sekitar 15minit sekali. Tapi aku masih boleh tahan. Aku memberitahu suamiku tentang keadaan tu, suami mula risau tapi aku menenangkan dia seperti tiada apa akan berlaku.

09/04/2013 Pagi sakit yang sama semakin kerap, dari 15minit sekali menjadi 10minit sekali. Aku cuba banyakkan berjalan. Suami menghantar aku kerumah my MIL kerana risau jika aku keseorangan dirumah. Sepanjang dirumah my MIL aku xboleh duduk diam. Aku banyakkan berjalan. Tapi aku masih boleh berjalan. Malam tu sewaktu di rumah, sakit berambah sedikit kuat dan semakin kerap. Aku mengadu pada suami dan kami sama-sama setuju untuk terus ke hospital malam tu juga. Sekitar jam 12.30malam kami bergerak ke hospital dengan diikuti oleh adik iparku.

Sampai di hospital sekitar jam 1pagi terus ke bahagian kecemasan. Aku diarah masuk oleh nurse untuk CTG  dan VE. Itulah pengalaman aku mengenal apa tu VE. VE ada adalah proses cek bukaan laluan rahim. Sakit jangan cakap la. Terperanjat waktu kali pertama kena VE. Kena tegur dengan doktor sebab angkat punggung. Aku disuruh tarik nafas. Bila cek, rupanya bukaan baru 1.5cm. Aku arah ke wad bersalin. Suami menemaniku berjalan terus ke wad bersalin. Bila sakit datang, kami berhenti seketika. Wajah suami jelas menampakkan yang dia sangat risau. Selepas register aku dibagi katil. Suami dapat teman sekejap untuk beberapa minit.

Sepanjang malam aku tak dapat tidur, tambah merisau bila patient sebelah aku mengerang tahan sakit sampai menggigil-gigil. Tak sampai hati nak tengok. Aku perhatikan setiap pergerakan dia. Dari atas katil, dia turun dan berjalan sana sini dalam keadaan sakit sampailah stau waktu dalam sekitar pukul 5.30 pagi aku tengok kain dan kaki dia dah basah. Aku tanya kenapa, dia kata air ketuban dah pecah. Terus nurse datang bawak wheelchair untuk sorong dia LR. Dalam hati bertanya. Bila la waktu ku pula?...hehehe...nervouse memang ada tapi buat macam rilek jer. Sepanjang malam tu jugak aku ketap bibir tahan sakit.

Pagi tu dalam sekitar jam 10am. Aku di suruh pergi bilik pemeriksaan untuk periksa bukaan. Aku memang tak suka cek bukaan. Sangat menyampah. Tapi apa nak buat, nak tak nak terpaksa jugak. Bila cek, doktor kata bukaanku dah 5cm, terus doktor pecahkan air ketuban. Air keluar tanpa henti, laju. habis basah kain batik yang aku pakai. Aku rasa macam nak terkencing terus pergi toilet. Tak sampai 5 minit, tiba-tiba nurse jerit kuat panggil namaku dari luar. Dia marah kata aku meneran. Gila ke apa aku nak meneran dalam toilet. Aku sayang anak aku tau... Selamba aku keluar and jawab aku cuma terasa nak kencing, bukan meneran.

Nurse terus suruh aku bawa perkakas baby, tanggal selipar and duk kat wheelchair sebab nak terus dihantar ke LR pula.... Seterusnya apajadi kat LR, aku sambung esok plak... huhu..

Wednesday, May 29, 2013

Terkesan...

Dari semalam selepas membaca kisah cubaan membunuh bayi dengan mengepam bayi berkenaan di dalam mangkuk tandas yang belaku di Wilayah Zhejiang. Namun dari berita yang aku baca, ibu tersebut gagal mengepam bayi berkenaan yang menyebabkan bayinya tersekat di saluran. Aku membaca dengan teliti berita tersebut, sangat sedih dan menyayat hati. Kasihan bayi yang tidak berdosa itu. Comel wajahnya. Sampainya hati si ibu. Dapat ku rasakan ketakutan dan kesakitan yang dialami bayi berkenaan. Terperangkap di dalam saluran sempit dan gelap sehingga menyebabkan tengkorak kepalanya mengalami keretakan. Betapa payahnya si bayi ingin mengeluarkan suaranya dalam keadaan sedemikian. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa hanya tahu menangis sekuat hati mengharap dirinya dilindungi. Sepatutnya bayi sekecil itu berada di dalam pelukan kasih yang hangat seorang ibu. Bukan di dalam laluan sempit yang busuk serta menyakitkan. Namun aku bersyukur bayi tersebut kini selamay dan berada dalam keadaan stabil... Ya Allah sungguh besar kekuasaanmu...

Tuesday, March 5, 2013

Semakin Hampir... Nervous?...hehehe

Diam tak diam dah 35minggu 6hari usia kandunganku. Boy or girl itu tak pasti lagi. Nak surprise... Perut dah terasa berat sangat, setiap kali bangun dari duduk, mesti rasa pinggang dan tulang belakang sakit. Tapi tu semua aku tak kisah. Yang penting baby sihat. Paling suka bila baby bergerak. Excited sangat-sangat.. Hehehe.

Pengalaman ngeri masa hamil ni adalah pada minggu lepas. Kenapa aku kata ngeri?. Sebab aku jatuh terlentang kat toilet. Lepas jatuh tu memang rasa nak menangis. Bukan sebab sakit, tapi sebab takut jadi apa-apa pada baby. Apa taknya, jatuh terhentak punggung  dan pinggang. Maklumlah, badan dah berat, perut dah besar membulat, bila jatuh memang susah nak bangun. Namun gagahkan jugak diri. Rileks untuk 2 hingga 3 tiga minit. Tepuk-tepuk sikit perut, baby tak bergerak. Hati memang dah risau sangat. dalam hati doa sangat mintak baby bergerak supaya aku tahu baby takde apa-apa.

Perlahan turun tangga nak masuk opis semula. Sampai kat opis terus duduk tarik nafas dalam-dalam. Usap-usap perut. Alhamdulillah 10 minit kemudian baby bergerak seperti biasa. Terus air mata jatuh tak dapat dibendung. Rindu sangat baby, sayang sangat kat dia. Telepon mak pun, cakap dengan sedu sedan menangis. Pelan-pelan mak bagi nasihat tenangkan hati. Moga semua takde apa-apa...

Semalam kebetulan tarikh check baby kat klinik. Alhamdulillah baby sihat seperti biasa. Bersyukur sangat. Sekarang aku tinggal menghitung hari menanti saat-saat indah untuk melahirkan dan menemui dengan insan yang sangat aku nantikan dan aku rindui...=)...

Doakan semuanya lancar dan selamat...Aminnn...

Friday, February 15, 2013

Alhamdulillah, yeay dah pandai dah...

Lamenyer kan tak update blog ni... hehehe... Hari-hari bukak blog, namun hari-hari pun tak tau nak type apa. Rasa bloggers lain pun tak berminat nak view blog aku ni... Ape pun aku gembira dan senang hati sekarang, kanak-kanak yang belajar denganku kini sudah pandai membaca. Dah pandai mengira dan dah advance dalam bahasa inggeris... Berkat kesabaran dan kegarangan aku, akhirnya aku mampu tersenyum... Erm tapi kelas belum berakhir lagi. Lepasni akan aku banyakkan latihan mengira, mengeja, membaca teks, dan menghafal perkataan-perkataan lazim bahasa inggeris. Em banyak?, banyak ke?... Sebenarnyer tak banyak pon sebab murid-muridku rajin-rajin belaka...  Diorang paling suka "test", sebab siapa yang dapat kuasai semua, akan dapat coklat cadbury.... Namun, mereka pandai-pandai belaka, jadi setiap kali test, diorang pasti akan dapat coklat... erm suke, suke, suke... Kepada kanak-kanak yang suka coklat, boleh datang sini, belajar kat sini...hehehe... ( ala promote sikit, apa salahnya kan...)... kbye...Assalamualaikum...=)...

Thursday, January 10, 2013

Permulaan Tahun 2013.

Usia kandungan hampir mencecah 7 bulan. Alhamdulillah. Tak sabar rasanya ingin memeluk cahaya mata pertamaku. Walaupun macam-macam yang aku lalui sepanjang kehamilan, namun aku gembira. Erm tahun 2013 sudah menjelma. Dulu sering aku tertanya akan takdirku, tak ku sangka seawal umur 25 tahun aku bakal mendapat cahaya mata. Alhamdulillah, aku berharap segalanya berjalan dengan lancar dan selamat. Seperti yang pernah diceritakan, aku masih bekerja di sebuah syarikat membekal air bersih ke kapal-kapal dagang. Walaupun kerjanya tidak terlalu mencabar, namun aku bersyukur. Inilah rezekiku buat masa ini. Alhamdulillah awal tahun baru ini aku telah mendapat beberapa permintaan untuk mengajar kelas tambahan untuk kanak-kanak dalam lingkungan usia 7 tahun. Aku dengan terbuka hati menerima permintaan itu bagi mengisi masa teluangku. Di tempat kerjaku sememangnya tugas hanya sedikit. Banyak masa boleh aku gunakan untuk mengajar mereka tanpa mengabaikan kerjaku. Telah ditetapkan setiap hari bermula 4pm sehingga 5pm aku akan bertugas sebagai warga pendidik. hehehe. Seorang kanak-kanak, bayaran yang diberikan dalam sekitar RM50.00 sebulan. Alhamdulillah, mungkin ini rezeki anakku...=)...

Pernah dulu aku bercita-cita untuk membuka sebuah pusat tuisyen, mungkin ini permulaannya. Siapa tahukan.. Segalanya adalah ketentuannya...=)...