Tuesday, February 18, 2014

MISI "DIET"

Pagi tadi dalam kereta suami aku story bagitau yang adik dia dah mula berdiet cara extreme. Wah, macamana tu cara extreme?. Suami aku kata starting dua minggu jangan makan nasi langsung. Makan lauk takpe, roti pon kalau boleh kurangkan. Sayur-sayuran dan buah-buahan amat digalakkan. Aku dengar sambil angguk-angguk. Huhu. Bila dah habis cerita, suami aku kata dia pon nak buat macamtu. Ternganga aku... Mula la aku buat ayat-ayat menghasut. "Abang ni, tak payah la nak diet macamtu, janganlah sampai taknak makan nasi. Kurangkan sikit je kuantiti pengambilan nasi. Janganlah extrem sangat, nanti sakit tau". Ceh nampak tak permainan aku disitu...muahahaha...

Tau lah aku ni hati pendengki, bukan boleh tengok suami aku nak diet-diet ni, mulalah hati busuk tu timbul. Mula fikir macam-macam. dalam hati mula berkata. " suami aku nak diet, mana boleh jadi, nanti bila jalan, suami aku kurus tinggi, yang aku pulak gemuk pendek. Buruk-buruk. Ada jugak kang orang kata mak berjalan ngan anak." Jahat tak pemikiran aku... Dasar tak boleh tengok orang lebih kan. Padahal diri sendiri tak jaga makan, nak libatkan orang lain.

Bila dah sampai opis, aku termenung jap, dok fikir-fikir apa yang suami aku cakap. Hmmm, bagus jugak tau kalau aku joint sekali dia diet. Banyak faedah. Antaranya dapat jimatkan belanja makan, dapat rehat lebih sebab tak perlu nak sibuk-sibuk masak lepas blek kerja dan yang paling penting aku pon mungkin boleh fitkan badan aku ni...Senyum sendiri. Laju-laju text suami " abg, kita on la misi diet kita, kita diet sama-sama". Wah ayat, supportif sangat kan. Untung suami aku ada isteri supportif macamni. Padahal ada perkara tersirat disebalik yang tersurat. Huhuhu

Persoalannya, "mampukah aku hidup tanpa nasi?"...wait and see...Muahahaha...

Sunday, February 16, 2014

Tuan Belog Nak Membebel....

Mood memang nak membebel harini. Ha, semenjak jadi mak budak ni, memang dah pandai berleter. Benda pertama yang aku nak bebelkan ni pasal sikap cakap berbelit, harini kata lain, esok kata lain. Harini kata putih esok jadi hitam, harini kata cantik esok kata buruk. Harini kata buat macamni, esok plak tanya kenapa tak buat macamtu.. Orang yang ada sikap macamni memang dasar suka menipu dan suka membodohkan orang lain. Ewww buruk kot perangai macamni. Dah selalu sangat jumpa orang macamni, mula-mula kata " aku bukan jenis orang yang suka nak membazir ni, pakai sesuatu benda mengikut keperluan dan kemampuan. benda-benda mengarut ni aku tak suka nak beli." Aku pon dalam hati mulalah memuji, bagusnya peribadi.

Cara cakap macam ahli syurga sangat, kuat iman, tak tergoda dengan keseronokan duniawi, realitinya kata-kata tak seiring peribadi. Bila kata nak beli baju, nampak cantik semua nak beli, akhirnya semua pon terperap dalam almari, pakai yang biasa jer. Macamtu ke kata berbelanja ikut keperluan?...Something wrong disitu. Itu baru pasal shopping.

Dialog lain plak, " aku dulu hidup susah, sampai tahap nak minum air milo campur gula pon susah. Sebabtulah sekarang ni aku suka bersederhana jer. Tak suka nak mewah-mewah". Sedih sangat kan, sedih sampai tahap rasa nak belanja dia minum aor milo air bersusu masa tu jugak. Tapi semua tu dusta semata. Apa taknya, bila tengok kasut, RM 500. Handbag RM 1500, Jam 450. Dasar penipu kan kata bersederhana. Tu baru tengok tang apa dia pakai, belum tengok rumah, perabot and whatsoever la kan.

Itu ok lagi lakan, walaupun cakap tak serupa bikin, sekurang-kurangnya takdelah nak hasad-hasad kat orang lain.

Spesies yang lagi menyakitkan hati, bila suka buat ayat orang beriman bila tengok kelebihan dan kebahagiaan orang lain. Contohnya, "tak faham la dengan sesetengah manusia yang suka membazir beli kasut mahal-mahal semata-mata untuk pergi kerja jer. Kalau i la, i takkan buat benda b***h macamtu.". Selang beberapa bulan, nah hambik, kasut PRADA kau guna untuk kerja. What the nonsence?...

Tengok kebahagiaan orang bercuti, orang berkahwin, orang update ada baby, ada rumah besar, mulalh nak buat status macam ustazah. " Janganlah kamu berbongkak dengan apa yang kamu miliki kerana itu semua milih Allah S.W.T yang satu". Perg sentap bagi sesiapa yang pernah update segala bagai kat fb ni. Bila view fb dia. Bukan main lagi, sakan la tunjung gambar tunang mengalahkan orang majlis kahwin, tak cukup lagi siap announce lagi puluh ribu duit hantaran. Gambar pergi oversea segala bagai semua nak upload.

Bila dah tengok fenomena macamni, aku jadi pasif di Facebook. Mati kutu nak update ape?...poning-poning...

Bila dah tercerita pasal facebook ni. Terasa plak nak kongsi perasaan aku ni. Perasan tak sekarang ni berleluasa la orang ni dok upload video-video penganiayaan kanak-kanak?. Tak kurang jugak cerita-cerita ataupon berita yang melibatkan kekejaman terhadap kanak-kanak.

Apa yang aku nak kongsi adalah, aku amat-amat terkesan dengan fenomena ni. Masalah jugak tau bagi aku. Korang bayangkan ae. Aku dari rumah, hepi-hepi, hati riang ria nak pergi kerja. Buka internet, on fb, baca-baca news, gelak-gelak, tiba-bila menangis, sedih, hati tak menentu sampai balik keje. Tengok anak peluk erat-erat sampai nak tido pon terbayang-bayang lagi imej-imej kekejaman terhadap kanak-kanak.

Kadang-kadang jadi takut nak on fb,nak scroll lebih-lebih.. Masalah-masalah. Mungkin betul cara insan-insan ni update benda-benda macamtu, yelah, beratus-ratus akan mendoakan, keselamatan, keamanan dan kesejahteraan kana-kanak malang ini termasuklah aku. api aku jiwa sensitif, mudah je nak sedih, nak selam-selam penderitaan kanak-kanak, nak menangis-menangis, nak teringat-teringat kan anak sampai hubby aku turut sama tension melayan perangai bini dia muka sebek je balik keje...

Rasa dah cukup kot. hati aku pon dah sejuk ni...Alhamdulillah...

Tuesday, February 11, 2014

Alamak, jerawat...

Lepas mandi pagi tadi aku sikat rambut, ikat rapi. Dah perfect, aku belek muka aku sebelum tepek bedak padat. Alamak, jerawat tumbuh didagu, aku tekan, tekan dah ada timbul, tapi mata dia tak keluar lagi.. Adui, rasa rimas plak.

Untuk pengetahuan, dulu time sekolah menengah, muka aku ni tempat fvrout jerawat nak membiak. Almaklumlah, aku bukan orang senang. Masa tingkatan 6 aku ke sekolah jalan kaki, lalu tepi jalan raya. Muka ni amatlah terdedah dengan habuk dan asap kenderaan. Sedih tul rasa. Asal balik rumah bukak tudung, belek muka kat cermin terserlah belak/belang dimuka, dihias lagi dengan jerawat pasir and ada juga ala-ala batu disitu.. Sebabtu sekarang kalau ada jerawat tumbuh aku jadi fobia. Ceh, ayat tu bajet muka sehalus kulit bayi sekarang kan. Buat rasa menyampah jer.

Berbalik semula kes jerawat aku yang dagu ni. Sampai kat opis, aku amik cermin kecik aku belek-belek lagi jerawat nan satu ni. Aku rilek lagi. Aku on pc, buat lupa kat jerawat. Aku chek email. Aku on fb pastu layan movie "highland tower" sampai habis. Dah habis tu aku amik lagi cermin kecik aku belek lagi jerawat ni. kali ni aku dah tak boleh blah. Mula la aku nak ketis, aku picit-picit sampai naik berair mata aku. Lastly apa pon tak keluar. Yelah jerawat baru nak tumbuh. Hasilnyer kawasan situ jadi bengkak ler. Tulah cari penyakit namanya.

Kompomlah balik nanti kena tegur ngan hubby sal jerawat ni. Elok-elok benda tu kecik dah jadi besar sebab bengkak. Gatal tangan betul la Ain ni. Tadah la telinga dengar nasihat yang sama dari hubby yer..

Ayat hubby : Lain kali kalau ada jerawat jangan diusik, nanti dia pecah sendiri la tu. Usik-usik kan dah berbekas dah tu...

Monday, February 10, 2014

Kuat Makan

Gila, gila, gila... Dah kuat makan sangat ni. Nafsu makan tak terkawal dah aku rasa ni. Paling ketara bila nasi ayam terbayang-bayang kat otak aku tengahari tadi. Pagi tadi dah bfast nasi lemak ngan hubby. Kul 2 petang dah terbayang nasi ayam. Cuba buat-buat lupa, layan tenet, tengok tb, tetap tak jalan. Tengok tb pon nampak nasi ayam. Melampau kan.

Apa la nak jadi. Ngeri kot bila pikir-pikir tentang perubahan diri aku ni. Sekarang bila jalan kat mall ngan hubby and my love baby, aku paling takut tengok mesin penimbang. Bila nampak je, laju-laju aku jalan lintas benda alah tu. Last aku timbang berat aku 53kg, sekarang tak berani aku nak anggar berat aku sendiri.

Hari-hari bangun tido ukur lilit pinggang, bila lebih dari yang dijangka, mula la muram sepanjang hari. Buat kerja apa-apa pun cepat rasa penat. Buat kerja sikit kat umah dah rasa rimas. Bila duduk-duduk terasa lemak-lemak tepi badan, down sendiri, rasa diri hodoh sangat. Venci, venci, venci.

Tak bley jadi ni. Aku kena berubah, kena jaga makan. Kena kawal kuantiti setiap hidangan yang aku ambil. Kalori menimbun-nimbun setiap hari. Dah la kerja dalam air-cond, duduk ajer. Makin menjadi-jadi la pertambahan saiz dan berat kat badan aku ni. Bila on fb, tengok pic kawan-kawan, sepupu-sepupu meletop-letop badan, diri sendiri stress, padahal salah diri sendiri.

Bila keluar jalan-jalan makan angin, terserempak gegirl cantik-cantik, slim-slim, cepat-cepat tengok mata hubby. Jeles tak tentu pasal, padahal hubby tak pandang langsung gegirl tu. Sakit jiwa...hahahaha... Bila rasa diri tak cantik, mula la nak sensitif. Bila hubby tenung mesti pikir hubby tengok kita gemuk. T mula la tanya "kenapa tengok camtu?, ayg gemuk ker?"... Suasana yg sepatutnya romantik jadi tak romantik terus. Asyik negatif jer. Hubby puji pun kata perli. Stress hubby aku ngadap bini camni...Sabo jelah b..hehehe...

Tanam Azam Nak Kurus. Luputkan bayangan makanan yang indah-indah dalam pemikiran... Ape? ayam KFC????...hahaha...jangan menggoda...

Tuesday, February 4, 2014

Anakku Ameera Zulaikha dah besar.

Pejam celik-pejam celik anak aku dah umur 10 bulan. Dah banyak benda pandai. Dah pandai berdiri, jalan mapah2 meja. Segala benda nak kemas, pandai kembur-kembur kain, selerakkan segala periuk belanga. ( Ini melampau ). Kadang-kadang terpekik jugak la kat ayah dia, huhuhu.

Dah mula nampak sifat-sifat dia. Antaranya suka makan. Anak aku memang suka makan. Pantang nampak aku pegang makanan cepat je datang. Tau-tau dah berdiri pegang lutut aku nak ngecek. Hehe. Mulut dah kecap-kecap tak sabar mintak suap. Serius cute, perasan puji anak sendiri kan..hahaha. Nak kesah apa, siapa lagi nak puji kan. Haruslah ibu dia sendiri yang puji. Kalau orang lain siap kejar anak nak bagi makan. Anak aku tak payah, kadang-kadang sampai aku menyorok kalau nak makan apa-apa.

Dah pandai sebut mama, abah, ayah. Tapi tak pandai sebut ibu. kalau aku sebut iiiibu. Dia jawab mamah. Tak kesah la nak, ibu ke mama ke. Boleh ampun. Tapi bila dah pandai cakap, tetap nak ibu jugak tau. tak boleh tak...hahaha, ibu taknak mengalah.

Semalam aku tenung muka anak aku dalam-dalam masa dia tengah tido. Serius sayang gila kat anak. Dah besar dah anak aku. Dah pandai macam-macam. Memang anak ni penghibur hati. kalau tengah bersedih memang aku cari dia. Aku peluk dia kuat-kuat. Kadang-kadang pelik anak aku tengok perangai ibu dia ni. Tapi betul tau. Walaupun anak aku tak tau apa-apa, bila aku peluk dia time sedih, ia mampu melegakan hati aku.

Bila tengok anak aku macam dah besar, terasa jugak macam nak mengandung lagi... Hahaha , melampau kan, cakap macam anak dah umur 10 tahun padahal baru 10 bulan... Hm, aku rindu time baby gerak-gerak dalam perut, rindu nak rasa bawak perut ada baby, rindu nak bau syurga, rindu anak aku masa baru lahir, Comel sungguh...

Anak itu anugerah terindah dalam hidupku. Syukur Alhamdulillah ya Allah...

Sayang selamanya "Anakku"...

Alahai nak diet.

Tension bila terasa diri gemuk. Nak-nak bila orang dah tegur. Tanya kat hubby, dia kata okey2 jew. Tengok diri sendiri kat cermin rasa macam nak menangis..huk2. Hari-hari bangun tidur terus capai tap ukur pinggang. Berharap pinggang saiz 26. Hmm mimpi2.. Tetap 28. Gemuks. Nasib takde penimbang kat rumah. Kalau tak hari-hari meroyan stress.

Berangan nak diet, tapi macamana nafsu tak terkawal. Asal hubby ajak makan sama tak mampu nak tolak. Memula konon nak teman, bila dah duk sebelah tak tahan terus cedok nasi. Hmm hari-hari pon gagal. Bila dah kekenyangan mula la nak menyesal. Apa nak buat?... ada beberapa baju yang aku dah tak boleh pakai. Hari2 try baju tu tapi hari-hari jugak kecewa...sedih tau.