Wednesday, May 7, 2014

Rezeki Bermacam Bentuk.

Entry ni aku buat untuk motivasi diri aku sendiri dan perkongsian bersama. Korang pernah tak rasa down sangat sebab kengkononnya korang rasa korang la yang paling malang hidup kat dunia ni... Aku ni tak pernah la rasa sampai macamtu, cuma kadang-kadang adalah rasa cemburu bila tengok kelebihan orang lain. hehe. Yelah aku ni manusia biasa.

Bila bercakap pasal rezeki, perkara pertama yang tergambar adalah perkara berbentuk "materialistik". Duit, kerjaya dan harta. Hari-hari pun mata kita dijamu dengan bacaan berunsur perniagaan, keuntungan. Pergi sana sini sibuk dengar orang bercerita pasal "duit". Tak kurang jugak dengan cerita keretakkan rumahtangga berpunca dari masalah kewangan.

Dulu, aku selalu tertekan dengan isu-isu macamni. Sampaikan terbayang aku duduk bawah jambatan sebab takder rumah. Apa taknya, hari-hari aku terpaksa dengar pasal beli rumah. Kumpul duit beli rumah. Rumah dah mahal, dulu lapan pluh ribu sekarang dah seratus lima pluh ribu esok-esok jadi dua ratus ribu. Wah, ngerinya aku. Dah habis hal rumah, cerita pulak tentang simpanan hari tua, sibuk dengan KWSP, sibuk dengan ASB. Dengan simpanan peribadi. Semua duit. Tengok orang kumpul emas, aku pon sibuk nak kumpul emas. Yelah, mentaliti aku kata tak rugi kumpul emas. Boleh buat aset. Memang tak rasa ketenangan jiwa langsung.

Bila cakap rezeki terpikir duit, bila cakap duit, itulah rezeki. Sampaikan kerja bertungkus lumus tak kira siang, malam sebab nak cari "rezeki" katanya. Nampak tak, sebenarnya rezeki yang dimaksudkan adalah duit semata.

Sebenarnya rezeki datang dengan bermacam bentuk. Kalau kita mampu menilai setiap bentuk rezeki yang telah Allah tetapkan untuk kita setiap hari, kita akan rasa malu sebab sering mengeluh dengan masalah kewangan. Setiap hari Allah S.W.T kurniakan kita dengan:

1- Kesihatan, umur, nyawa, nafas.

-  Masih boleh bangun tidur dengan selesa, masih boleh bernafas, masih boleh bergerak. Kesihatan yang      stabil. Tiada sakit kronik yang memerlukan rawatan yang mahal. Sebabtulah kesihatan itu rezeki. Tak semua orang diberi kesihatan seperti kita. Bolehkah kesihatan dan nyawa dibeli dengan "duit"?. jadi mengapa perlu mengeluh?...harus bersyukur.

2- Kebahagiaan.

- Ketawa gembira. Kita boleh ketawa dan bahagia dengan apa yang kita ada. Dikelilingi oleh insan yang menyayangi kita dan sentiasa ingin membahagiakan kita. Itu adalah rezeki yang amat besar yang dikurniakan setiap hari. Bukan semua orang mampu berbahagia. Tak semua orang kaya itu bahagia. Jadi adakah bahagia itu boleh dibeli dengan "duit"?. Bersyukurlah.

3- Cahaya mata.

- Tak semua insan dikurniakan cahaya mata, sedangkan aku? dikurniakan dengan cahaya mata yang sangat comel dan sentiasa membuat aku rindu dan aku sangat gembira dengan kehadirannya. Itu juga rezeki. Jadi mengapa aku perlu pandang wang adalah segalanya sehingga aku sering mengeluh?... Astaghfirullah. Ampunkan aku Ya Allah.

4- Kasih Sayang.

- Alhamdulillah aku dikelilingi oleh insan yang menyayangi aku. Suamiku. Tak semua orang dikurniakan suami yang sangat menyayangi dirinya. Jadi mengapa aku masih mengeluh sedangkan aku dikurniakan dengan rezeki sebesar itu?.

p/s : Duit memang penting, tapi jangan kerana duit, kita lupa pada kurniaan dan rezeki yang lebih besar dari itu sehingga kita lupa untuk bersyukur. Bersama-samalah kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur.

SEKIAN...=).




Kenapa blog aku pelik.

Tenggelam timbul, tenggelam timbul. Itulah aku. Blog memang satu medium untuk kita nak membebel dan luah apa jer. Itulah motif aku berkecimpung dalam dunia blog ni. Dalam dunia realiti aku sememangnya suka menyendiri. Itu jugaklah imej yang terpancar kat blog aku ni. Blog yang sangat simple, nampak seolah-olah terlindung dan tersorok. Bukan seolah-olah lagi. Dah memang nyata tersoroknya. Cuma ada design template yang suram dihiasi pulak oleh warna yang suram muram. Banyak bercerita dan membebel tapi tak pernah tau "siapa aku". Sebenarnya blog ni bukan bermotif nak tackle traffic yang tinggi, bukan jugak untuk meraih side income, jauh sekali untuk berniaga. Blog ni cuma bermotif untuk membebel dan bercerita. Juga untuk sentiasa mengingatkan diri aku andai aku terleka.

Banyak lagi nak ulas pasal ni sebenarnya, tapi rasa macam tak perlu kot. Hehe...