Wednesday, August 8, 2012

Keegoanku,kesedihanku,kebencianku,cintakan kamu,kesepianku,merinduimu

Untuk kali keberapa kita bertengkar sayang?...Kali keberapa?... Hatiku sakit... Dalam rahimku kini anakmu, lupakah dikau?... Tergamak kau melontar kata-kata kesat itu... Hatiku terperuk sepi, penyesalan menghampiri kini, kesabaranku hilang wahai sayangku....

Setelah puas kau menghambur kemarahan, setelah hatimu reda, kau mengharap aku mesra semula... Kau mengharap aku lupa segala-gala.. Aku punya mata yang menyaksi kemarahanmu, aku punya telinga yang mendengar tengkingan kata kesatmu, aku punya hati yang dapat merasa sakitnya hati. Mampukah hatiku terubat sekelip mata???...

Dalam badai menghempas hatiku, dalam pada air mataku mengalir, tanganku tidak lepas menggenggam rahim yang menempatkan anakmu, aku takut apa-apa terjadi padanya... Anakku, maafkan ibumu andai sendu ibumu mengganggumu,... Anakku, kuatlah engkau disana ya, ibu ingin sekali melihatmu...

Sayang, bukan niatku ingin meminggir dirimu, bukan niatku memekakkan telinga dari mendengar pujukanmu, bukan niatku jua mematikan hati untuk memaafkanmu.. Jauh disudut hatiku, aku sangat merinduimu, aku bahagia dengan pujukan lembutmu, aku sentiasa memaafkanmu sayang.. Aku meminggirkan diri kerana aku ingin kau sedar akan kepentinganku, agar kau tidak mengulangi menyakiti hatiku, agar kau lebih menghargai diri ini...

Sungguh, aku merinduimu

Jika engkau merasakan aku "ego", itu adalah cara aku meyembunyikan kesedihanku.
Jika aku mengatakan aku bencikanmu, itu kerana aku sangat menyintaimu.
Jika engkau melihat aku menghindarmu, percayalah, aku sangat merinduimu...