Tuesday, October 30, 2012

Rindu Penciptaku, Sungguh Aku rindu...

Ujan lebat, membuat tubuhku terasa dingin, darahku juga turut  kurasakan dingin sedingin hati ini memeluk rasa rindu terhadapmu Ya Allah, Ya Allah indahnya perasaan ini Ya Allah, Ingin sahaja tika ini aku melafaz kembali "kalam-mu" untuk merasakan hadirnya kau disisiku. Ya Allah, kujunjung keagunganmu Ya Allah, aku menatap, aku menafsir satu persatu kejadianmu Ya Allah, kini aku sedar segalanya adalah milik-mu...

Saban hari aku bangun dari tidurku mencari-mu Ya Allah, tapi sering aku terlewat untuk menemuimu, sering aku leka Ya Allah, ampunkan aku, hambamu yang lemah ini... Ya Allah, aku memohon kepadamu, tetapkan la imanku, kekalkanlah rasa ini dalam hati ku Ya Allah, sesungguhnya aku ingin hidup dengan rahmatmu Ya Allah.

Aku mengakui, sesungguhnya aku amat cemburu dengan insan yang mampu dekat dengan-mu, dengan insan-insan yang engkau pilih untuk engkau bersihkan hati-hatinya. Sedangkan aku?...Ya, mungkin aku belum berusaha kearah meraih perhatian-mu...

Ya Allah, tetapkanlah rasa ini Ya Allah.... Amin Ya Rabbal Alamin...

Monday, October 22, 2012

Dugaan Hamil

Alahai, lomah raso badan ni...Harap harini mood baby dalam tummy ni baik-baik je. Semalam, langsung dia tak nak terima apa je yang ibu dia makan. Pagi semalam ibu dia ni sarapan bihun goreng ngan air teh panas, tengahari tu dia keluarkan semua sampai sakit badan ibu dia ni nak keluarkan. Lepas habis semua keluar, kelaparan kunjung tiba, ibu dia pergi cari roti dan maruku untuk alas perut, siap air kelapa lagi. Siap je makan, dia keluar balik semuanya, letih-letih...last-last nak hilangkan loya, makan gula-gula hacks oren. Kepala bukan main berpusing lagi. Pukul 4 petang, ayah dia ambil ibu dia balik kerja, ibu dia dah takde mood nak berborak dengan ayah dia. Ibu dia dah letih. Malam, ibu dia masak nasi goreng ngan ayam goreng, ingat sedap la perut menerimanya, ingat baby suka, tapi perkara yang sama berulang lagi.. Ibu jadi takut nak makan, tak larat nak muntah lagi. Last-last ibu tido sampai ayah dia balik. Muka ibu dia dah sememeh sebab letih layan baby...huhuhu...baby,baby, kamu nak makan apa sayang..dah penin kepala ibu kamu ni... At last, sebelum nak tido perut berkeroncong sangat mintak diisi, ibu dia buat quacker oat je, minum quaker oat secawan dan terus tidur... Nampaknya baby cuma suka quaker oat jew...huhuhu....

Sunday, October 14, 2012

Kerja dan kepuasan...

Lepas dapat Ijazah, aku mula rasa terganggu dengan soalan-soalan yang bagiku agak menyakitkan hati.. Antaranya:

- Ain, ijazah dah dapat, takkan nak melangut je dengan kerja lama... tak padan dengan kelulusan.
- Wah lepas ni senang la nak dapat "KERJA KERAJAAN" kann????????.
- Ain, kat Jabatan **** sekarang tengah buka kerja kosong, cepat la mohon, dah ada ijazah kan, mohon la jawatan yang gaji besar sikit.
- Ain, ijazah dah ada, mintak la naik gaji kat bos, kalau tak dapat, apa lagi, angkat kaki la...

Persoalannya, salah ke hah nak keje kerani je walaupun ada ijazah?..salah ke jadi kerani?...Salah ke orang ada ijazah makan gaji kecik?...

Segelintir manusia ni kan memang tak habis-habis nak jaga tepi kain orang.. Kalau boleh, lauk apa kita makan hari-hari pun nak ambil tahu....Dulu masa lepas habis STPM, sibuk nak tanya, taknak sambung belajar ke?..rugi la ada STPM tapi tak sambung. Bila dah sambung, lepas semester akhir, duduk kat rumah, orang sibuk plak tanya,

- Ain, kat rumah je ke?, tak cari keje, takkan belajar tinggi-tinggi, cuma duduk rumah je...

Bila dah dapat keje, sibuk pulak tanya keje apa, gaji berapa, raya dapat bonus tak, jawatan apa la... Rimas tau tak... Bila dah habis semua isu, tanya pulak bila nak kawin. Bila dah kawin. Ok.dah, habis membebel untu ini, dan sekarang baru nak beralih semula ke tajuk utama.

Dulu masa kekecik, aku selalu akan wujudkan ruang peribadiku sendiri dirumah, aku akan sediakan satu meja khas untuk aku lepak dan bermain. Dekat meja tu aku akan susunkan kertas-kertas kosong, aku susun buku-buku tebal membentuk seperti komputer. Disitu la aku akan menulis sepanjang masa, buat buat sibuk dengan kerja yang entah apa-apa... Diary, yer, aku suka diary..

Bila dah dewasa, aku kini berada dalam situasi yang pernah aku bina sendiri dahulu. Aku ada ruang sendiri, aku ada pc sendiri di office, aku dikelilingi dengan kertas, dokumen dan fail-fail yang aku sendiri tak pernah jemu nak pandang. Aku akan jadi bingung bila takda keje. Alhamdulillah, aku dikurniakan kerja yang sesuai dengan minatku, yang selari dengan impianku... Gajiku hanya RM 1,000.00, tapi aku puas, aku tidak stress, aku mampu tersenyum dengan beban kerjaku, aku sangat menikmati kerjaku sendiri...

Namun, siapa yang tak mahu gaji besar kan, tapi biarlah semuanya berubah mengikut kehendakku, biarlah selaras dengan takdirku...jangan dipersoal, jangan diperlekeh kerjaku, jangan ditanya tentang rancangan masa depanku...

Peristiwa

       Baru sampai opis tiba-tiba someone ajak teman sarapan, rezeki-rezeki... Bagus jugak, ada kawan sarapan, tapi aku dah sarapan kat rumah tadi, huhu, ruang masih ada untuk isi dua ketul kuih lagi dan air teh tarik.. Dia ni merupakan kawan baru aku, seorang yang baik, cergas, aktif dan selalu tersenyum... Muda lagi dia ni, muda dua tahun dari aku tapi dah ada tiga orang anak lelaki, murah rezeki dia kan... Tapi harini aku bukan nak cerita pasal tu, tapi nak bincang tentang masalah rumahtangga...ops, aku bukan kaunselor, sekadar meluah pandangan sahaja...

      Macam biasa, bila dah teman kawan sarapan, takkan nak diam je kan, lagi la kami ni perempuan yang mulut tak pernah nak berhenti dari bercakap. Harini terkeluar pulak cerita tentang masa silam suami masing-masing.. Dia bertanya, pernahkah aku berjumpa dengan bekas kekasih suamiku?. Erm, aku jawab, jumpa tu tidak pernah, tapi gambar pernah tengok... hati dah mula mengagak si dia akan mula bercerita tentang kemelut hidupnya, yess, apa yang terlintas dihatiku benar..

Kemelut dia: Ex gf suami dia gila bayang kat suami dia, dan dia terganggu dengan situasi tu, namun dia yakin dan pasti suaminya tidak pernah bertegur sapa dengan ex gfnya dulu. Apa yang merunsingkan, rumah si ex gf suaminya berdekatan dengan rumah ibu mertua kawanku ini... Dia ada terfikir untuk bertemu dengan perempuan tu untuk selesaikan semua permasalahan ini...hmmm, rumit kan...

     Tapi kan, bagi aku la, entah, aku tak pernah alami situasi macamni, cuma selalu terdengar dan mendengar permasalahn macamni. Aku berpendapat sebenarnya tak perlu nak perbesar perkara ni. Yang penting hubungan kita dengan suami dalam keadaan baik. Soal hati pihak ketiga tidak perlu difikir. Apa yang perlu kita buat adalah, menjaga suami dan anak-anak sebaik mungkin, wujudkan suasana harmoni dalam rumah, sentiasa usaha wujudkan rasa sayang suami terhadap diri kita dengan mengambil hatinya.

      Dari apa yang aku dengar, aku baca dan aku lihat, semua manusia ada perasaan sayang dan nafsu. Semua orang ada kisah silam dan semua orang pernah merasai cinta. Dan aku percaya semua orang ada rahsia hatinya yang tersendiri. KENANGAN, tak mungkin kan kita melupakan kenangan... Kenang tu pengalaman... Kenangan tu hak individu even suami kita. Kita tak boleh paksa dia melupakan kenangan...

       Cemburu itu wajar, tapi jangan cemburu buta, bahaya... selagi suami ada dengan kita, sayang dengan kita, sayang anak-anak dia, jaga keperluan kita, tak abai tanggungjawab, takde apa yang perlu dirisaukan. Bagi aku tak perlu nak ambik tau sangat, apa yang dia buat kat tempat keje, dengan siapa dia berurusan, dengan siapa dia mesej.. Ambik tau sikit-sikit je sekadar mengambil berat, tunjuk rasa sayang, tapi jangan tunjuk rasa curiga.. Sebab benda benda macamni la punca kerosakan rumahtangga, punca berlaku banyak salah faham, punca hilang rasa percaya..

Renungan: Jangan cari penyakit sampai penyakit itu datang pada kita...hehehe (positive is freedome of heart)...

Friday, October 12, 2012

Kedah, convo, best, penat, demam & degil...

        Alahai, dengan bersin, batuk, penin-penin...memang marvelous apa yang kualami kini... "full package"...Namun Alhamdulillah, aku masih mampu bangun pagi pergi kerja dan menjalankan tanggungjawabku seperti biasa... Alhamdulillah... Untuk my hubby, terima kasih kerana sabar dan tabah melayani kemanjaanku malam tadi...

        Ye, malam tadi aku demam agak teruk. Simptom demam mendadak datang lepas pulang dari kerja semalam... Sampai nak mandi pun kena paksa diri... Tak larat sangat, nak makan pun mintak hubby masakkan... Masa tidur mulut mengerang tahan sakit, baby dalam my tummy pulak macam tak selesa je malam tadi, tu yang ibu dia tidur tak tetap... Hubby jadi tak tido sebab risau tengok aku tak selesa, hubby picit kepala aku sampai aku diam dan tido sampai pagi, bangun-bangun aku dah ok, memang Alhamdulillah... Bersyukur sangat, tapi hubby aku pulak batuk-batuk dan sakit kepala, mungkin berjangkit... Erm risaunya, siap mandi aku sediakan air horlick panas, tampalkan koyok kat kepala hubby and belikan nasi lemak... Harap sangat hubby makan, hubby ni kalau demam selalu selera makan takde...

         Erm, kat opis, tengah layan internet, mak call dari kampung, katanya dia dan adik aku demam jugak, beserta selsema dan batuk seperti aku jugak...Mak kata ni effect pergi kedah tengok aku konvo... Erm penat barangkali... Memang penat, dah la kami berempat naik bus dari kluang, 12 jam dalam bus baru sampai kedah, pinggang, punggung, badan, kaki semua sakit. Last minute planning, penginapan memang tak ada, jadi kami berempat ( aku, hubby, mak, n adik ) decide rehat dan bermalam di masjid UUM... Sedih kan. kesian mak.

          Sepanjang di UUM, kemana sahaja kami nak pergi, baik makan, jalan-jalan, sampai la ke acara graduasi aku di UUM, semuanya kami hanya berjalan. Kudrat,kudrat, sepanjang berada di sana apa yang aku harap, mak tak sakit kaki, badan atau apa-apa sahaja sakit. Siap sahaja acara di dewan MAS UUM pada petang 9hb 10 2012, aku bergegas pulang jubah, tapi apa yang membuat keadaan agak kulang kabut adalah, beg dan segala perkakas ku letak dalam kereta mak sedara kawan aku "hidayah", maknanya aku tiada handset untuk menghubungi hubby, macamana nak cari hubby, mak dan adik dalam suasana orang yang ramai... Nak tak nak aku terpaksa tebalkan muka meminta tolong sesiapa agar meminjamkan telefon mereka kepadaku, dengan usaha aku temui seorang insan yang baik hati menolong... Aku call hubby untuk bertanya dimana kedudukan mereka..

         Apabila kami bertemu, aku pinjam handset hubby untuk menghubungi rakanku untuk mengambil begku yang berada disampingnya... Alhamdulillah, walaupun banyak halangan, dapat juga aku mengambil begku darinya... Alhamdulillah... malam itu, jam 8 malam kami semua bertolak ke bus stand cahnglun kedah... Selesai makan malam di warung berdekatan bus stand, tepat jam 9.15 malam kami semua bertolak ke Kluang Johor dengan menaiki bus SnS Express...

          Dalam kira-kira jam 8.30 pagi, 10hb 10 2012 kami semua sampai di Kluang... Aku dan hubby terus bertolak ke Gelang Patah... Aku dapat berehat sehari sebelum mula bekerja, dan hari ini demamku hampir pulih... Alhamdulillah... Tapi demam pun, ice tetap tak tinggal,, degil kan...tak tau la nak kata, dengan cuaca panas macamni, ice tidak dapat dielakkan... Sorry hubby...huhu..

Friday, October 5, 2012

konvoku, apa nak jadi ni????...

Alahai, lagi tiga hari je konvo...9hb 10 2012... Apa akan jadi hari tu nanti ye?... masa ni la berangankan "poket doremon"...kalaulah poket doremon tu ada, aku nak ambil "pintu masa hadapan". Nak tengok apa akan berlaku pada 9hb tu nanti...Hehehe... Ermmm, risau sebenarnya ni. Risau sangat-sangat. Tulah, buat lagi semua keje last minute, kan dah kulang kabut. Pagi tadi suh hubby pegi bank islam bank in duit untuk yuran konvo. Sekali nak deposite cash, banyak berlaku kekeliruan, suami tak berani nak teruskan, takut lain diharap, lain jadinya... Nak settle kat kaunter, kaunter mana la bukak hari sabtu ni...Ain, Ain, perancangan tak sistematik langsung, menyusahkan orang betul. Nasib baik hubby tak mengamuk. Cuma ada marah sikit la, manakan tidak, dah la nak cari bank islam punya la susah.

Erm, tawakal, 8hb nak ambil jubah, 8hb jugak baru nak bank in, harap sangat tiada apa-apa halangan... Saya nak konvo...waaaaaaaaaa.... Doakan daku wahai saudara-saudaraku, teman-temanku dan yang mengenali diriku...

Menyesal,menyesal. Lain kali taknak cuai-cuai lagi...PROMISE. (berharap insaf selamanya).

Tuesday, October 2, 2012

babyku sayang

erm,,, kandungan dah berusia tiga bulan seminggu, loya-loya, pening-pening masih setia menjadi teman... Namun aku dah mula biasa dengan perubahan itu. Kini aku dah mula merasakan ketidakselesaan diwaktu malam, rasa babyku mula bergerak tetapi tidak kerap, cuma adakala perutku mengeras di sebelah kanan atau kiri. Itu membuatkan aku tidur tidak tetap, namun itu menerbitkan rasa bahagia dalam diri. Harap kamu sihat sayangku. Tapi apa yang merunsingkan dan merisaukan sekarang, aku mula tidak suka dengan bau badan suamiku, aku akan rasa marah bila dengar dengkurannya. Ada satu waktu tu, bila suamiku buka baju dan letak dekat denganku, cepat-cepat aku masukkan dalam bakul pakaian kotor. Aku tidak suka bau tu. Tak baik kan...Tapi bukan aku sengaja nak macamtu... Tapi aku tak la tunjuk rasa tidak suka secara terang-terangan pada suamiku, tidak sampai hati rasanya nak mengecilkan perasaannya... Abang, maafkan ayang...hope bila baby dah kuar t, semuanya akan kembali seperti biasa...=)....