Sunday, October 14, 2012

Kerja dan kepuasan...

Lepas dapat Ijazah, aku mula rasa terganggu dengan soalan-soalan yang bagiku agak menyakitkan hati.. Antaranya:

- Ain, ijazah dah dapat, takkan nak melangut je dengan kerja lama... tak padan dengan kelulusan.
- Wah lepas ni senang la nak dapat "KERJA KERAJAAN" kann????????.
- Ain, kat Jabatan **** sekarang tengah buka kerja kosong, cepat la mohon, dah ada ijazah kan, mohon la jawatan yang gaji besar sikit.
- Ain, ijazah dah ada, mintak la naik gaji kat bos, kalau tak dapat, apa lagi, angkat kaki la...

Persoalannya, salah ke hah nak keje kerani je walaupun ada ijazah?..salah ke jadi kerani?...Salah ke orang ada ijazah makan gaji kecik?...

Segelintir manusia ni kan memang tak habis-habis nak jaga tepi kain orang.. Kalau boleh, lauk apa kita makan hari-hari pun nak ambil tahu....Dulu masa lepas habis STPM, sibuk nak tanya, taknak sambung belajar ke?..rugi la ada STPM tapi tak sambung. Bila dah sambung, lepas semester akhir, duduk kat rumah, orang sibuk plak tanya,

- Ain, kat rumah je ke?, tak cari keje, takkan belajar tinggi-tinggi, cuma duduk rumah je...

Bila dah dapat keje, sibuk pulak tanya keje apa, gaji berapa, raya dapat bonus tak, jawatan apa la... Rimas tau tak... Bila dah habis semua isu, tanya pulak bila nak kawin. Bila dah kawin. Ok.dah, habis membebel untu ini, dan sekarang baru nak beralih semula ke tajuk utama.

Dulu masa kekecik, aku selalu akan wujudkan ruang peribadiku sendiri dirumah, aku akan sediakan satu meja khas untuk aku lepak dan bermain. Dekat meja tu aku akan susunkan kertas-kertas kosong, aku susun buku-buku tebal membentuk seperti komputer. Disitu la aku akan menulis sepanjang masa, buat buat sibuk dengan kerja yang entah apa-apa... Diary, yer, aku suka diary..

Bila dah dewasa, aku kini berada dalam situasi yang pernah aku bina sendiri dahulu. Aku ada ruang sendiri, aku ada pc sendiri di office, aku dikelilingi dengan kertas, dokumen dan fail-fail yang aku sendiri tak pernah jemu nak pandang. Aku akan jadi bingung bila takda keje. Alhamdulillah, aku dikurniakan kerja yang sesuai dengan minatku, yang selari dengan impianku... Gajiku hanya RM 1,000.00, tapi aku puas, aku tidak stress, aku mampu tersenyum dengan beban kerjaku, aku sangat menikmati kerjaku sendiri...

Namun, siapa yang tak mahu gaji besar kan, tapi biarlah semuanya berubah mengikut kehendakku, biarlah selaras dengan takdirku...jangan dipersoal, jangan diperlekeh kerjaku, jangan ditanya tentang rancangan masa depanku...

No comments:

Post a Comment