Thursday, May 30, 2013

Pengalaman melahirkan puteriku "Ameera Zulaikha" Bhgn 2.

Sampai di LR, aku terus disalinkan pakaian dan dipasang alat CTG di perut. Sakit yang semakin kuat mula menyerang lebih kuat, dengan keadaan demikian, alat CTG membuatku rimas. 2 jam aku di LR, lebih kurang 4kali VE dilakukan. Masa tu setiap kali kena VE rasa macam nak tendang je nurse atau doktor. Sakit tau. Bukaan tetap sama 5cm. Tiada pertambahan sakit semakin kerap 1 minit sekali sampai aku rasa sepanjang masa sakit. Degupan jantung baby dah tak cantik. Suamiku dah berada di sisi. Semasa aku sedang berperang dengan kesakitan, aku cemas bila alat CTG seolah tidak kedengaran jantung babyku. Masa tu aku tak tau nak cakap apa. dalam hati berdoa agar semuanya selamat.

Tak lama lepas tu nurse datang dan memberitahuku aku perlu di operate. Aku redha mengangguk dengan memandang ke arah suami. Suami mengangguk tanda pasrah. Yang penting nyawa anakku. Tiada lain yang ku fikir waktu tu. Bila keputusan dicapai, aku terus disiapkan untuk dibedah. Dalam keadaan rambut yang kusut masai, peluh yang menyimbah, aku dipakaikan sarung kepala plastik macam orang yang mandi tapi taknak rambut basah tu. Waktu tu aku rasa selekeh sangat. Apa sahaja penerangan yang diberi tentang operate, risiko dan sebagainya. Aku hanya sekadar mengangguk. Aku ditolak dengan pantas ke OT.

Sampai di OT, aku dah tak tertahan, apa je yang doktor tanya, aku jawab dengan anggukan atau gelengan. Apa yang aku masih ingat sampai sekarang, waktu tu doktor nak cucuk bius separuh kat tulang belakang aku, aku disuruh duduk dengan peluk bantal dan membongkok sedikit. Ubat bius yang dicucuk bagaikan tidak rasa apa-apa jika nak dibanding sakit construction yang kualami waktu tu. Memang betul kata ibuku, bila sampai masa kita nak bersalin, kita dah tak pikir apa-apa melainkan anak dan ajal. Allah maha besar.

Aku tak rasa lagi segala kesakitan sejurus selepas ubat bius diberikan, aku terus terlelap kerana terlalu letih. Aku cuma sempat dengar doktor lafaz Bismillah dan cakap "1,2,3 START" serentak dengan torehan pisau ke perutku. Aku cuma rasa perutku di toreh, tapi tiada kesakitan. Lepas tu aku tak ingat apa-apa. Aku terjaga apabila nurse kejutkan aku untuk melihat jantina baby dan cium dia. Menitis air mata kerana terlalu gembira dan takjub dengan kekuasaan Allah. Makhluk bernyawa yang membesar didalam rahimku selama 9 bulan kini telah dilahirkan sebagai Puteriku " Ameera Zulaikha". Alhamdulillah. Anakku lahir dalam sekitar 14.15p.m dengan berat 3.4kg. Tamat...=)

No comments:

Post a Comment