Thursday, July 17, 2014

Menjaga hati dan mengumpat.

Alhamdulillah harini dah genap hari yang ke-20 Ramadhan. Sedih rasa bila kenang bulan Ramadhan dah nak berakhir. Dulu aku sentiasa tak sabar nak tunggu raya sedangkan raya tu cuma meriah dua hari jer..Sekarang bila umur dah bertambah, mata dah celik sikit, ternyata aku sedar Ramadhan jauh lebih meriah. Kenapa?

1. Kita melalui sebulan Ramadhan dengan sentiasa beribadah.
- Dari lepas sahur sampai berbuka puasa kita melaksanakan ibadah yang tak putus dengan berpuasa. Bila malam pula, berpeluang melaksanakan Tarawih. Setiap kali selesai Tarawih aku dapat merasakan indahnya Ramadhan.

2. Dikurniakan rezeki tidak diduga setiap hari.
- Kita dikurniakan masa yang panjang untuk dipenuhi dengan ibadah. Pelbagai juadah diberi oleh jiran tetangga. Kita dapat merasai keseronokkan memberi dan jua menerima.

3. Terkawal dari melakukan dosa.
- Bila kita teringat kita dalam ibadah berpuasa, secara automatik kita akan cuba mengelak dari melakukan perkara-perkara yang bolah mengurangkan pahala puasa. Contohnya: melawat blog gosip, bercakap perkara yang sia-sia, kalau sakit hati cuba untuk bersabar.

Selama sebulan penuh kita merasa nikmat merai bulan Ramadhan.

Tapi bukan tu yang aku nak hujahkan harini. Cuma ada perkaitan sikit. Apa yang aku nak luahkan ni dah lama aku nak hamburkan, tapi aku banyak berfikir dan cuba mencari medium yang tepat untuk dilepaskan. Nak dibahaskan pada manusia, takut tercetus pergaduhan, maklumlah masing-masing ada pendapat sendiri kan. Aku cuba untuk pendam, tapi makin lama makin memberontak nak dikeluarkan. Yer, mungkin aku belum cukup kuat untuk sentiasa bersabar. Apa yang aku nak luahkan berkenaan isu "mengumpat dan menjaga hati". Harap apa yang aku bebelkan ni dapat kita kongsi, kita fikir dan kita insafi bersama.

Aku ni bukanlah baik sangat nak kata hati aku suci dan bersih. kalau hati aku bersih, takdelah aku nak rasa geram sampai tahap nak share kat alam maya ni.

Okeylah panjang sangat dah pembukaannya, hehe..start jelah. Bila aku buka tajuk "menjaga hati" bukan bermakna menjaga hati sendiri sahaja, tetapi juga terhadap hati orang lain yang berkomunikasi dengan kita, yang ada disekeliling kita, dan orang-orang yang ada hubungan dengan kita tak kiralah, adik beradik, anak-anak, sedara mara waimah kawan sekalipun. Bila dah kata manusia tentunya punya hati yang mempunyai pelbagai rasa seperti, suka, benci, gembira dan sedih.

Sebagai manusia, tak lepas dari melakukan kesilapan, itu aku faham. Dan dengan kesilapan tulah kita belajar untuk tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Betul tak?.

Dan, dengan kesilapan yang tak sengaja dilakukan inilah akan wujudnya si "pengumpat-pengumpat" yang sangat baik dengan rela hatinya menyedekahkan pahalanya kepada si pesalah.

Ha, ni lah yang aku geramkan sangat ni. Best ke mengumpat?...ish bestlah cerita buruk orang, dalam masa sama dapat cari peluang nak selit-selit kebaikan diri. Nak cakap kat orang dia je sorang yang baik. Nauzubillahiminzalik. Astaghfirullahalazim. Bagi aku tak guna beribadat siang malam tapi mulut diguna untuk mengumpat. Takut, yelah, sibuk cerita hal orang, lama-lama kutukan tu terkena batang hidung sendiri. Contohnya : cerita anak sipolan-sipolan berzina sampai ada anak luar nikah, habis aib orang dibuka satu kampung. Tiba-tiba anak sendiri dapat anak tak sah taraf. Bila dah terkena batang hidung sendiri baru tau nak senyap. Nak tutup aib sendiri jadi penipu pulak. Tak baik kita menjaja buruk orang. Untuk apa "mengumpat"?. Supaya orang lain benci orang yang diumpat?..Kan dah nampak hati tak bersih. Jadi hati tu perlu dijaga.

Dan biasanya orang yang suka mengumpat ni suka juga nak cari salah dan keburukan orang lain. Dia akan cuba cari salah kalau dia tak suka seseorang tu. Dan dalam masa yang sama cuba pengaruh orang lain jadi macam dia supaya tak suka orang tu jugak. Siapa yang sifat macam "lalang" main percaya je taknak siasat dulu jadilah ikut tak suka orang tu jugak. Aku tak suka si "lalang" ni. Yang lalang ni lagi teruk, dah la tak periksa, tak nilai, boleh pulak sama sekongkol mengata orang tu. Keji kan.

Yang sedihnya "orang yang dibenci" ni la, buat apa pun orang tak suka. Hidup susah kata tak usaha, ada rumah besar kata lupa daratan, suami belikan gelang kata queen control, tutup pintu rumah siang hari kata anti-social, sombong. Bila "orang yang dibenci" bagi makanan tak suka pulak, dah la tak suka, tak dijamah langsung, datang rumah nak beramah mesra nak berkawan, jadi menyampah pulak, bila dijemput datang rumah ada jamuan, dikritik pulak lauk pauknya. Kejam kan.

Dari apa yang aku perhatikan sendiri, bahaya sangat jadi "pengumpat". Memang tak dinafikan orang yang suka mengumpat ni akan disukai ramai, banyak-isu-isu terkini dia tau, tanyalah apa je, konfirm tau. Orang pulak akan lihat si "pengumpat" ni sebagai ramah, mesra, dan tak sombong. Jadi seorang "pengumpat" ni memang bahagia. Tapi dalam bahagia dia sebenarnya derita. Derita dengan sifat cemburu, derita menanggung dosa, derita kerana kurang nikmat keimanan, derita kerana lemah mengawal mulut, derita kerana kemiskinan harta akhirat, derita kerana ibadat jadi sia-sia, dan derita kerana gagal bersyukur dengan apa yang dimiliki, derita kerana akhirnya rumahtangganya hancur sedikit demi sedikit.

Sedih, aku doakan "si pengumpat" diberi petunjuk dan hidayah dari Allah dan aku berharap dia dapat muhasabah diri dengan apa yang terjadi dalam dirinya. Dan akhir sekali, semoga "pengumpat" berakhir dengan keadaan Husnul Khotimah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Ingatlah sesungguhnya amalan mengumpat itu merosak alam.

Sekian. Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment