Sunday, January 19, 2014

Kematian.

Semoga, apa yang akan aku coretkan menjadi satu ibadah dalam memupuk rasa kesedaraan sesama kita, untuk diri ini juga. Alhamdulillah aku dah habis baca satu buku menarik yang bertajuk "indahnya kematian". Bila aku baca, hati aku rasa tertarik dan rasa ingin terus membaca. Satu ayat yang aku suka nak kongsikan disini adalah:

" Allah mewajibkan setiap hambanya melakukan ibadah kerana Allah mahu mewajibkan setiap hambanya memasuki syurganya".

Ayat yang ringkas, tapi cukup buat aku malu kepada Allah S.W.T. Tak dinafikan kadang-kadang susah untuk aku menikmati solatku. Kadang-kadang hadir juga rasa penat untuk menunaikan solat yang tak sampai lima minit. Aku malu kerana Allah menjanjikan syurga yang sangat indah bagi hambanya yang menunaikan perintahnya. Sedangkan aku hanya perlu solat tapi menganggapnya sebagai sesuatu yang "melecehkan".

Aku lagi sanggup menghabiskan 8 jam setiap hariku untuk berkerja demi gaji RM 1000++. Daripada peruntukan hanya tidak sampai 1 jam beribadah kepada Allah setiap hari untuk dianugerahkan syurga.

Kini ayat ni aku sematkan dihati sebagai pembakar semangat untuk aku lebih menikmati solatku. Amin...

* Jika kita sentiasa memelihara keindahan solat kita, In Shaa Allah kebaikan-kebaikan lain akan mengiringi kita dan membentuk kita menjadi insan yang indah, yang mampu melahirkan keperibadian yang indah, kata-kata yang indah, pemikiran-pemikiran yang positif, dan dapat meraih kehidupan yang baik di dunia juga.

No comments:

Post a Comment