Fikir-fikir, dah hampir setahun jugak aku berjinak-jinak ngan aktiviti tusyen ni. Mula-mula ada satu permintaan, lepastu dua. Aku ajar dua kanak-kanak tu cuma suka-suka je. Tanpa diduga aku dibayar RM 50 sebulan bagi setiap seorang. Takut jugak bila dibagi tanggung jawab. Apepun, aku cuba jadikan ni sebagai satu medium untuk aku belajar bagaimana untuk mendidik secara mudah ,bijak dan tanpa tekanan. Walaupun agak garang, tapi Alhamdulillah dari tak pandai baca, sampai mampu membaca surat khabar dan mampu mengolah cerita untuk dijadikan karangan mengikut tajuk yang aku sendiri pilih. Sebagai orang yang berperanan mendidik, aku gembira melihat perkembangan mereka.
Yang penting, penjaga mereka turut gembira melihat anak mereka kini sudah boleh bergerak seiring dengan kanak-kanak yang lain. Dari bahasa melayu, aku melangkah ke matematik, bahasa inggeris dan sains. Alhamdulillah, mereka anak didikku kini mampu menguasai apa yang aku ajarkan.
Apa yang membuatku gembira, baru-baru ini, penjaga mereka meluah rasa gembira dengan peningkatan pencapaian pendidikan anak mereka disekolah. Kalau dulu keputusan terdiri dari band 2,3,dan 4. Tapi untuk Penilaian akhir tahun majoriti subjek mencapai band 5 dan tidak kurang dari 4. Walaupun, mungkin bukan sesuatu yang perlu dibanggakan, namun aku gembira dengan senyuman dan keselesaan anak-anak itu meneliti keputusan ditangan mereka.
In shaa Allah, menjelang cuti persekolahan akan bertambah anak didikku. Aminn.
*Gembira menjadi pendidik*... Terima kasih kepada yang sudi mengguna khidmatku.
No comments:
Post a Comment