Entah kenapa aku sentiasa merasakan aku akan bersalin awal dari waktu yang dijangkakan. Tapi ternyata apa yang dijangka meleset. Tarikh jangkaan aku bersalin 4/4/2013. Jadi aku ambil cuti awal seminggu dari tarikh tersebut pada 23/03/2013. Seminggu aku cuti kat rumah tapi masih tak rasa apa-apa. Cuma kalau banyak buat keje, tu pun tak la berat sangat, aku akan ada sakit pinggang dan kadang-kadang rasa sakit ari-ari macam nak datang period.
dari sehari ke sehari aku tunggu tanda-tanda bersalin turun. Maklumlah 1st time nak dapat baby. Tapi dari sehari ke sehari jugak aku kecewa. Tapi takpe aku sabar menunggu sampailah tarikh yang dijangka tiba. Tapi tanda tetap tak ada. 8/4/2013 aku pergi ke klinik kesihatan. Kesihatan, tekanan darah aku semua dalam keadaan baik. Degupan jantung dan keadaan babyku juga baik. Cuma baby belum nak keluar. Aku cuma disuruh balik dan diberi masa seminggu. Jika masih tiada tanda-tanda melahirkan aku perlu ke HSA dengan segera.
8/04/2013 malam aku mula rasa lain, aku rasa sakit di kawasan bawah perut, ari-ari dan menangkap kepinggang. Aku dapat rasakan sakit tu datang dalam sekitar 15minit sekali. Tapi aku masih boleh tahan. Aku memberitahu suamiku tentang keadaan tu, suami mula risau tapi aku menenangkan dia seperti tiada apa akan berlaku.
09/04/2013 Pagi sakit yang sama semakin kerap, dari 15minit sekali menjadi 10minit sekali. Aku cuba banyakkan berjalan. Suami menghantar aku kerumah my MIL kerana risau jika aku keseorangan dirumah. Sepanjang dirumah my MIL aku xboleh duduk diam. Aku banyakkan berjalan. Tapi aku masih boleh berjalan. Malam tu sewaktu di rumah, sakit berambah sedikit kuat dan semakin kerap. Aku mengadu pada suami dan kami sama-sama setuju untuk terus ke hospital malam tu juga. Sekitar jam 12.30malam kami bergerak ke hospital dengan diikuti oleh adik iparku.
Sampai di hospital sekitar jam 1pagi terus ke bahagian kecemasan. Aku diarah masuk oleh nurse untuk CTG dan VE. Itulah pengalaman aku mengenal apa tu VE. VE ada adalah proses cek bukaan laluan rahim. Sakit jangan cakap la. Terperanjat waktu kali pertama kena VE. Kena tegur dengan doktor sebab angkat punggung. Aku disuruh tarik nafas. Bila cek, rupanya bukaan baru 1.5cm. Aku arah ke wad bersalin. Suami menemaniku berjalan terus ke wad bersalin. Bila sakit datang, kami berhenti seketika. Wajah suami jelas menampakkan yang dia sangat risau. Selepas register aku dibagi katil. Suami dapat teman sekejap untuk beberapa minit.
Sepanjang malam aku tak dapat tidur, tambah merisau bila patient sebelah aku mengerang tahan sakit sampai menggigil-gigil. Tak sampai hati nak tengok. Aku perhatikan setiap pergerakan dia. Dari atas katil, dia turun dan berjalan sana sini dalam keadaan sakit sampailah stau waktu dalam sekitar pukul 5.30 pagi aku tengok kain dan kaki dia dah basah. Aku tanya kenapa, dia kata air ketuban dah pecah. Terus nurse datang bawak wheelchair untuk sorong dia LR. Dalam hati bertanya. Bila la waktu ku pula?...hehehe...nervouse memang ada tapi buat macam rilek jer. Sepanjang malam tu jugak aku ketap bibir tahan sakit.
Pagi tu dalam sekitar jam 10am. Aku di suruh pergi bilik pemeriksaan untuk periksa bukaan. Aku memang tak suka cek bukaan. Sangat menyampah. Tapi apa nak buat, nak tak nak terpaksa jugak. Bila cek, doktor kata bukaanku dah 5cm, terus doktor pecahkan air ketuban. Air keluar tanpa henti, laju. habis basah kain batik yang aku pakai. Aku rasa macam nak terkencing terus pergi toilet. Tak sampai 5 minit, tiba-tiba nurse jerit kuat panggil namaku dari luar. Dia marah kata aku meneran. Gila ke apa aku nak meneran dalam toilet. Aku sayang anak aku tau... Selamba aku keluar and jawab aku cuma terasa nak kencing, bukan meneran.
Nurse terus suruh aku bawa perkakas baby, tanggal selipar and duk kat wheelchair sebab nak terus dihantar ke LR pula.... Seterusnya apajadi kat LR, aku sambung esok plak... huhu..
No comments:
Post a Comment